fbpx

Masih Tiada Kekasih — Afgan Sudah Sedia Bercinta

Penyanyi yang berasal daripada Indonesia, Afgan telah menjelaskan bahawa dia kini sudah lebih bersedia untuk bercinta dan ingin mengenali seseorang itu dengan lebih dekat lagi.

Bertemunya di majlis pelancaran single terbarunya berjudul Katakan Tidak di Redbox Plus Pavillion KL kelmarin, dia memberitahu ciri-ciri gadis pilihannya mestilah seorang wanita yang pintar dan berambut panjang.

“Kini mahu mencari yang serius tetapi belum ada lagi dan masih terus mencari. Kalau boleh saya tidak mahu dia terlibat dalam dunia hiburan kerana ini akan membuatkan masing-masing sibuk. Ciri-ciri yang saya idamkannya mestilah dia seorang yang pintar, mempunyai ‘sense of humor‘ dan berambut panjang,“ kata Afgan kepada para wartawan.

Sementara itu, apa yang kita tahu sebelum ini Afgan juga telah menyanyikan semula lagu berjudul ‘Ku Mohon‘ nyanyian daripada penyanyi jazz Malaysia Datuk Sheila Majid.

Apa yang menarik, dia memberitahu bahawa lagu tersebut telah didengarnya semenjak berumur 11 tahun & apabila pertama kali mendengar dia telah jatuh cinta dengan lagu tersebut. Afgan juga menjelaskan lagu tersebut adalah lagu yang memberikannya semangat, motivasi dan keyakinan kepada diri setiap kali.

“Saya dari kecil sudah dengar lagu ‘Ku Mohon‘ iaitu di usia saya 11 tahun. Lagu itu membuatkan saya semangat percaya dan lebih yakin pada diri sendiri. Lirik dia juga yang sangat puitis”

”Apabila diberi keizinan untuk merakamkan semula lagu itu saya sungguh teruja dan tidak menyangkanya sama sekali. Cuma sehingga kini saya masih tidak berjumpa dengan Datuk Sheila Majid. Saya ingin bertemu dengan dia,“ tambahnya lagi. (rtky/hfz)