Meskipun rumah tangga dilanda badai sejak dua tahun lalu, madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib mahu mempertahankan perkahwinannya bersama , Rosland Othman yang dibina sejak 28 tahun lalu.

Memetik BH Online, Adibah berkata dia tidak berhasrat untuk failkan perceraian dan mahu menyelamatkan rumah tangganya.


BACA: “Kahwin Dua Boleh, Bercuti Ke Vienna Tapi Bayar Nafkah Tak Reti” – Anak Tiri Miera Liyana

“Sebagai seorang isteri, sudah tentu saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami. Sememangnya, saya tak pernah terfikir untuk bercerai.

“Saya cuma mahu suami lebih bertanggungjawab dan adil dalam soal pemberian nafkah. Nafkah adalah tanggungjawab suami, jadi saya tidak perlu meminta-minta,” katanya.

Menurut Adibah, suaminya hanya memberi nafkah apabila dituntut dan diberi melalui orang tengah serta meminta Rosland pulang ke rumah untuk berbincang.


“Kami sukar berkomunikasi disebabkan nombor saya disekat sejak 21 September 2021. Justeru, Rosland hanya berhubung dan memberi nafkah melalui anak.

“Saya tiada masalah untuk selesai dan berbincang secara bersemuka berhubung soal ini dengan Rosland. Pulanglah ke rumah dan bincang secara baik untuk capai kata sepakat antara kedua pihak,” katanya.

Terdahulu, Adibah mendakwa Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak lelaki terbabit berkahwin dengan Miera pada 2020. Katanya Rosland hanya memberikan nafkah pada anak-anak mereka sekiranya dituntut.