“Masa Ni Dah Pandang Jodoh Saya, Tapi Dia Tak Pandang Pun”
Benar kata pepatah, kalau dah jodoh tak kemana. Baru-baru ini, Fattah Amin ada memuat naik sekeping foto lamanya yang dirakamkan pada tahun 2013 ketika menjalani pengambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan Nur Fazura.
Menerusi gambar tersebut, Fattah turut sertakan kepsyen dengan mengatakan sewaktu pengambaran babak tersebut dia sedang memandang jodohnya, tetapi jodohnya itu iaitu Fazura yang dimaksudkan tidak memandangnya.
BACA: Fazura Masak Sedap Tapi Fattah Amin Larang Ke Dapur
Foto dan kepsyen tersebut menarik perhatian netizen yang juga tidak menyangka bahawa kedua pelakon itu bertemu jodoh. Rata-rata netizen mengatakan itulah yang dikatakan jodoh adalah rahsia Allah.
Tidak kurang ada juga netizen meninggalkan komen sindiran dengan mengatakan ketika itu Fattah tidak dipandang kerana tidak kacak dan tidak popular seperti sekarang.
Dalam pada itu, Fazura juga turut dilihat meninggalkan komen manis di foto milik suaminya itu.
Siapa sangka jodoh di depan mata sahaja. Apa pun, ramai peminat mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan tidak sabar untuk melihat bayi comel mereka.
jodohh
betull
Jodoh ke bodoh ke hodoh???hanattttt
Jodoh lah. Dah menikah pon diorg.yg bodoh tu kau.tiber komen bodoh bodh bagau
Hasnah bt karim tu bkn takat dia je boo… Tujuh keturunan dia pon bodo gsk tahu
Pandai patah dek nama tenggelam skrg ngn syafik….lagu baru pun suam²..dia kluar pic ni…nk macai komen..walhal org da tau pun pic tu…drama baru pun haussss…
true. drama “isteri utk disewa” tu still ada nmpk kayu. but better sket la than masa drama “cinta ibadah” dulu tu..
Fattah hensem lg daripada syafik. Tu fakta. Dia hnye xde production yg amik bg watak yg power sikit. Lg satu mungkin sbb dh suami org. Kat mlysia tu pun fakta. Jarang la hero suami org boleh top sgt utk drama romantik. Cuba bawak kelainan jadi watak yg bkn cintan2. Maybe bawa watak heavy sikit
sudah2 laaa cite pasal jodoh — dah kawin kannn
ramai lagi artis yg loving couple
now org nak tahu pasal fattzura mengandung pulak
Semoga jodoh berkekalan ke anak cucu.