“Masa Maryam Lahir Air Mata Jantan Tak Gugur Ke?”
Sabtu lalu, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, bayi perempuan.
Menerusi satu entri, Fizo berkongsikan pengalaman menimang cahaya mata keduanya itu apabila air mata jantannya gugur melihat pengorbanan isterinya.
BACA: Air Mata Jantan Fizo Omar Gugur Tengok Isteri Meneran, Menahan Sakit
Bagaimanapun, memetik Cari Forum, ada netizen meninggalkan komen seolah memerli Fizo dengan membandingkan proses bersalin isterinya dengan bekas isterinya, Mawar Karim.
Malah, ada netizen mendakwa pelakon itu seolah tidak menghargai bekas isteri yang melahirkan anak mereka, Wan Maryam secara pembedahan.
Tidak hanya berdiam diri, Fizo tampil membidas tuduhan netizen itu dengan menjelaskan bahawa ia merupakan pengalaman pertamanya melalui proses bersalin secara normal.
Jelasnya lagi, perlu ke untuk imbas kembali sedangkan dia berkongsikan pengalaman mengenai proses bersalin isterinya, Fazeera melahirkan anak mereka.
“Maryam dulu lahir secara pembedahan dan saya tak dapat pengalaman yang sama. Boleh faham tak? Tak perlu la komen bunyi macam busuk.
“Pastu perlu ke saya nak buat throwback sedangkan sekarang ni saya tengah cerita pasal bayi saya dengan Fazeera. Cuba guna akal yang ada tu danf aham apa maksud nak disampaikan,” tulisnya.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia lima tahun.
- SUMBER
- Cari Forum
Sebagai wakil czer aku mmg bolayan aje acik2 yg perasan dia lebih wanita kerana beranak ikut bawah. Kesakitannya mungkin berbeza tapi czer ni bahaya dan a major procedure. Jd yg dah beranak ikut fefet tu x perlu nak rasa lebih kewanitaan berbnding yg ikut tingkap.
Dan utk oengetahuan kaum lelaki seperti abam pijo, sakit beranak x kira natural or czer, mmg umpama wanita tu di ambang maut. Demi melahirkan. So mungkin abam pojo dan yg lain2 ingatkan czer x sakit , jd x mnangis tgk. In reality both boleh saja mmbawa maut jika takdirnya begitu maka kaum lelaki hargailah isteri anda yg bertarung nyawa utk dpt zuriat kamu semua.
Zmn tu dia lom ckp jantan kot masih dok bwh ketiak mak dan bini??
alah masa dulu dia ada gak share tolak x bini atas wheelchair tak salah…impian dia dgn x nak Mariam jadi millionaire bila umur berapa tah…bukak business ke kot. takde istilah la dia lebih bab ni, dia sayang dua2 la cuma dah beranak cara lain. korang yg sad ni apehal?
isteri tu dibius epidural. makna dia tak rasa. kalau bersalin tak pakai epidural tu ye la bole teruja lebih sikit. masa tu agaknya abam pengsan kot. apa pon tak bole nafikan jasa ibu walau apa cara, sbb lain org lain ujian. ada diuji masa mengandung sakit memanjang. ada diuji masa bersalin. aku sarankan korang unfollow je dia. tak yah sakit hati.. ada org kena heboh satu kampong perasaan isi hati. utk aku, nak sweet2 ni semua tak payah beritau satu dunia. sbb ada byk yg perhati. dan ada yg geli. jgn jaja kehidpan peribadi. lagi satu abam jantan, aurat isteri tu jaga. tak elok lebih2 lagi kamu suami yg tukang tayang.
mana2 hospital klu aku paham, klu boleh suggest normal. siapa2 yang dah pilih utk czer awal2, itu pilihan. dan aku mmg pilih normal. jadi azab nak bersalin tu aku rasa. tapi akhirnya, medical team dah detect baby aku dah mula lemas dan terpaksa bersalin czer. azab yang tak dapat aku nak tahan. kena epidural jgak, tapi masih sakit tak tertahan sampai dah nak pengsan. dan juga sakit lepas bersalin kat jahitan.
cuma nak khabar ye, lain orang lain rasanya, kisahnya masa bersalin. jadi ada czer, blh jadi sakit, ada yang tak sakit. gitu juga normal.
aku perasan pijo ni sejak kawen baru, trover lelebih. itu je. taula dah cerai, tapi x pandai nak jaga hati ex-bini kekadang. itu je aku nmpk skrng.
kita setuju bab terover lelebih tu, simpan je lah tayang sikit udah ler. sebab bahagia tak semestinya kekal selamanya, dengan mawar dulu pun awai bahagia ajer kan?