fbpx

Air Mata Jantan Fizo Omar Gugur Tengok Isteri Meneran, Menahan Sakit

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, bayi perempuan pada Sabtu lalu, di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Perkongsian terbaru Fizo menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan pengalaman menimang cahaya mata keduanya itu apabila air mata jantannya gugur.

BACA: Isteri Fizo Omar Selamat Bersalin Anak Perempuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menerusi entri itu, Fizo berkata dia mengalir air mata apatah lagi melihat isteri tersayang menahan kesakitan serta bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Fizo turut berkongsikan, dia tidak dapat menahan perasaan serta tangannya menggigil apabila diminta untuk memotong tali pusat bayi keduanya.

Pada posting tersebut, Fizo turut menitipkan pesanan kepada suami serta bakal bapa di luar sana agar sentiasa berada di sisi isteri lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan getir.

Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia lima tahun.