fbpx

Jika anda baca artikel ini di telefon pintar, besar kemungkinan anda pernah menjalankan urusniaga kewangan secara digital. Dengan pelbagai pilihan e-dompet dan juga perbankan melalui aplikasi, kita sebenarnya sudah hidup di masa hadapan yang menjadi impian ramai berpuluh tahun dahulu.

Semakin ramai antara kita sebenarnya sudah mula melupakan transaksi kewangan dengan wang kertas dan syiling logam. Kita punyai pilihan untuk lebih bebas membayar dengan teknologi kewangan (Finance Technology) yang semakin canggih.

Sejajar dengan itu, Kementerian Kewangan Malaysia bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bakal mengajurkan festival teknologi kewangan dan seni yang bakal mengambil tempat pada 28 dan 29 Disember 2019.

Putrajaya Live in Future Times (LIFT) Festival 2019 ini akan memberikan anda peluang untuk merasai teknologi yang bakal merubah persepsi kita semua terhadap kewangan, perbankan dan traksaksi harian khasnya.

Melalui pelbagai acara yang dirancang sepanjang dua hari festival LIFT ini berlangsung, pengunjung dapat belajar dan merasai sendiri apa yang bakal ditawarkan oleh pelbagai syarikat diluar sana berkaitan teknologi kewangan.

Festival LIFT 2019 ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu The Showcase, The Fringe dan The Market.

The Showcase akan menyaksikan perlbagai pameran interaktif berkaitan fintech atau teknologi kewangan terkini untuk anda belajar tentang masa hadapan. Juga terdapat seminar, sesi bual bicara dan bengkel khas bersama nama nama besar dalam teknologi kewangan Malaysia dan serantau.

Komponen utama The Showcase yang akan mengambil tempat di Menara Perkeso, Putrajaya ini turut menawarkan aktiviti untuk kanak-kanak supaya ada pendedahan awal tentang masa hadapan kewangan di dunia.

The Fringe merupakan komponen seni dalam Festival Putrajaya LIFT 2019 yang mana 10 persembahan kreatif dari 10 buah negara akan menyerikan lagi festival ini. Melalui The Fringe juga anda boleh merasa pengalaman seni visual dengan teknologi virtual reality (VR) terbaru.

Misalnya pementasan digital Code: Cytus yang mengambil inspirasi dari permainan mudah alih, CYTUS menampilkan kombinasi live band, DJ dan tarian dengan imej hologram. Pementasan FROGMAN dan tayangan dua buah filem Taiwan dengan resolusi 8K juga merupakan tarikan utama The Fringe.

Rugi jika hadir ke Festival Putrajaya LIFT 2019 tetapi tidak merasai sendiri suasana membeli-belah nirtunai (cashless) yang bakal menjadi teknologi utama di masa hadapan. Dengan itu, The Market merupakan platform terbaik untuk anda teroka.

The Market yang bakal mengambil tempat di Suasana PjH, Putrajaya dibahagikan kepada lima segmen utama iaitu Pasar Glam yang memiliki jenama utama dalam produk gaya hidup, fesyen dan kecantikan dari Malaysia dan negara serantau, Pasar Seni (produk tradisional Malaysia), Pasar Tradisi (ubat-ubatan tradisional Malaysia), Pasar Botani (tumbuhan hidup eksotik) dan Medan Makan untuk anda menjamu selera dengan menu lazat tempatan.

Memang boleh berkampung dua hari di Festival Putrajaya LIFT 2019 dan anda tidak akan kehabisan aktiviti untuk dilakukan di sana. Untuk maklumat lanjut tentang Festival Putrajaya LIFT 2019 anda boleh layari putrajayalift.com dan media sosial #putrajayalift. Ayuh menuju masa hadapan yang lebih canggih!