Mas Khan Dedah Jana Pendapatan 10 Ribu Dalam Masa 6 Jam
Baru-baru ini, pelakon Mas Khan ada berkongsikan dengan pengikutnya di Instagram mengenai kekayaan serta pendapatan yang diperolehinya.
Apa yang menjadi perhatian, pelakon berusia 28 tahun itu mendedahkan dia menjana pendapatan sebanyak 10 ribu dalam masa 6 jam selepas menyertai ilmu perdagangan.
BACA: Mas Khan Dah Melamar Diana Nasimuddin
Menurutnya, pada tiga tahun lalu dia telah membayar sebanyak RM1,000 untuk mempelajari ilmu perdagangan dan apa yang dilakukannya itu berbaloi.
Menerusi entri itu, Mas Khan turut berpesan kepada pengikutnya untuk mula belajar melabur untuk diri sendiri dahulu.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi kejayaan pelakon itu serta memuji usahanya untuk mendapat apa yang diimpikan.
Sebelum ini Mas Khan dilihat ada berkongsikan di Instagram Forexcartelmy mengenai pelaburan yang disertainya. Pelakon itu turut menjalankan perniagaan chalet Mas Bro Village di Melaka dan Mas Bro Hidden Village di Lenggong, Perak.
- SUMBER
- BeautifulNara
Dia ckp rm10k dlm 6 jam la wahai admin RK.
Si kebal je selalu sembang juta2
Kalo semudah tu la nk kaya maka jumlah org miskin kt dlm dunia ni dah lama jd semakin pupus.
Grammar pun lintang pukang konon nk sembang mcm org berjaya…
Bukan Forex Trading ni haram ke dlm Islam? Ramai betul orang melayu kita main forex now days ni, tanpa fikir halal haram. It’s best kita find out dulu dari segi Islam sama ada boleh ke tidak Forex Trading ni, sebab hasil pendapatan ini akn diberi mkn pd anak isteri, mak ayah, bukan apa kesianlah kalau mereka diberi hasil mkn dari sumber yg haram ……
Forex HARAM. Titik. Kalau nak buat benda haram – rasa perempuan paling senang nak dapat duit – melacur lagi untung. Lol.
Forex HARAM.
TAPI
Rasuah HALAL.
Kerja makan gaji tapi goyang kaki HALAL.
Ambil duit anak yatim HALAL.
Tak bagi nafkah tapi ambil duit bini HALAL.
Itulah pemikiran majoriti orang ISLE yang kata forex HARAM.
LOL.
Nak duit, yg haram tetap haram! X payah nk banding2 pun kalau kita tau hukum dan sedar diri kita ni ada agama. Kalau x sedar diri ada agama tu yg xde pikir halal haram. Tp kebanyakkan melayu zaman ni dia ingat agama cuma bab ibadat tertentu je. Bab lain xde agama dah dia. Org kepala sekular mcm ni yg ular main telan je bila ada peluang!
bole la sembang… dapat awek kaya raya…. lubuk emas kan….. anak naza, tujuh keturunan xabis.. cuba ngn awek keje biasa2…. bukan 6 jam je…. 60 tahun belum tentu ko kaya
Zaman ni bkn melayu je jd oportunis dan pentingkan diri mcm tu tp semua kaum dan agama pun sama je. Riba haram dlm agama yahudi tp org yahudi tetap jugak terlibat dgn judi, pertaruhan, jual brg seludup dll. Mcm tu jugak dlm agama Kristian, budha, hindu, sikh walaupun menipu itu satu dosa tp adakah penganut agama mrk x menipu dlm kehidupan sehari2? Zaman nk kiamat ni x kira laa ko fahaman apa pun. Dah nama manusia pantang je nmpk peluang nk dpt untung lebih org sanggup buat apa je!