Mas Khan Dah Melamar Diana Nasimuddin
Nampaknya hubungan cinta Mas Khan dan usahawan Diana Nasimuddin melangkah ke fasa seterusnya apabila pelakon itu membuat kejutan melamar kekasihnya itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Diana memuat naik gambar beserta kapsyen romantik ditujukan kepada kekasihnya itu yang sudi menerima ibu tunggal anak tiga sepertinya.
BACA: Mas Khan Terpikat Dengan Sifat Penyayang, Keibuan Diana Nasimuddin
“18.11.21 menandakan peristiwa penting dalam hubungan kami. Terima kasih kerana memilih saya. Anda masih muda dan berjaya, anda memilih untuk mendedikasikan hidup anda untuk menjaga ibu tunggal ini dan tiga orang anaknya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Diana berkata perjalanan yang dilalui mereka bukan mudah dan hanya mereka sahaja yang tahu kisah tersebut serta berharap Allah permudahkan perjalanan mereka.
“Saya tahu ianya bukan satu perjalanan yang mudah untuk kita tetapi hanya kita yang tahu kisah kita. Semoga Allah SWT permudahkan perjalan kita hari ini Insya Allah. #roadtohalal,” tulisnya.
Di ruangan komen, Mas Khan turut meninggalkan komen mengakui dirinya tidak sempuna dan mudah rasa cemburu, namun dia akan tetap memilih Diana.
“Saya tidak sempurna. Apabila bercakap mengenai hubungan, kadangkala saya serabut, saya mulakan pergaduhan, saya mudah cemburu.
“Tetapi ada tiga perkara yang saya banggan menjadi diri saya, saya tidak main-main, saya memberikan yang terbaik dan apabila saya memilih awak, hanya awak. InsyaAllah,” tulisnya.
Tahniah diucapkan buat Mas Khan dan kekasih yang bakal menuju ke fasa seterusnya. Pasti ramai tak sabar menantikan majlis perkahwinan mereka.
- SUMBER
- Cari Forum
Ibu tunggal ini terlalu kaya utk menyara diri dan anak2 nya. Klo kasih syg mmg ya perlukan. Anyway gudluck
Dlm satu artikel biografi dia aku baca kekayaan dia dianggarkan bernilai antara U$D 10-15 bilion dollar. Yer dia ni salah sorg pemegang saham dan ahli lembaga pengarah dlm sykt grup Naza. Mas Khan ni berlakon dah lama jugak tp jd hero pun x popular, jd pelakon pembantu pun suam2 xde sapa kisah pun jd dpt kwin dgn janda billionaire cmni pun kira satu pencapaian jugak kt…
Harap mas khan akan berwasatiah dlm lakonan nye.kalau buat hal mmg kene tendang habis tak dpt apa.bini lain bleh dicari tp billionaire amat sukarrr dicari.haha
Fuhh jackpot jackpot.
Jodoh die begitu. Asik2 artis pompan je dpt lelaki kaya. Ape salah artis lelaki dpt pompan kaya. Yg penting ikhlas
Mas khan kena behaveee hahahahaha kalau terguris hati diana matilanakkkk. Apsal aku rasa mas khan ni level2 penyamun gituh. Diana ni classy kot camne la boleh melekat dengan mas khan. Kerabat2 naza ni walaupun marhaen tapi boleh tahan classy. Mas khan ni cam spesis2 kelab malam je gitu. Good luck lah diana kalau mas khan treat u wrong just leave him its his loss. Suruh mas khan tu tanggung kau jangan kau pulak kena tanggung dia
I bukan peminat Mas Khan as an actor sebab produk dia pun tak banyak tapi I suka follow IG dia sebab dia all out jadi Forex Trading Guru. Family dia pun ada small resorts business bukan orang susah. But i respect dia memang kerja kuat untuk build Forex Cartel tu. bukanlah dia ni kaki kikis.
Bebawang army yang bijak. Marilah kita kecam dan tekan PM, Menteri Kewangan dan KWSP agar segera luluskan 10K one off KWSP tanpa syarat for the last time!
Isu tengah panas kena bersuara. Najib dah rayu tuh. Marilah kita support ramai ramai. 10 ribu seorang dapat. Lagi untung daripada kecam dengki kebahagiaan orang yg cuma dapat dosa.
Jadilah bawang yang bijak gais! Kemon! Mari pergi Facebook pihak berkaitan. Tuntut duit 10K. Kalau Najib minta maksudnya kerajaan mampu. Sebab itu KWSP DUIT RAKYAT! Bukan hak kerajaan.
Bnyak AGENDA mamat nie!! Kuikui..
Diana tu mst si khan tu kan. Lain mcm je puji hahahahaha
Bukan kaki kikis konon woih lupa ke kes a.aida dulu? Dasar pencuri
Mas khan ni kan bersalah curi kripto a. Aida rm200k. Smpai kes mahkamah smua. Percaya la sejarah selalu akan berulang. Diana mmg bodoh klau kawin dgn mamat ni?