Mas Idayu Tak Tolak Jika Bertemu Jodoh Semula

Penyanyi Mas Idayu berkata dia tidak menolak seandainya ditakdirkan bertemu jodoh semula apabila ditanya sama ada dia serik untuk berkahwin lagi selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Sufian.

Memetik Harian Metro, Mas berkata dia reda dengan perceraian yang berlaku namun jika ditakdirkan tiada lagi jodoh buatnya dia tiada masalah kerana hidupnya kini lebih tenang.

BACA: “Saya Solat Istikarah Minta Petunjuk” – Mas Idayu Bahagia Lepas Bercerai

“Kalau ada jodoh, adalah kerana Allah SWT tidak suka orang yang berputus asa. Saya reda dengan perceraian yang berlaku kerana ia ujian dalam hidup dan ketentuan dari Allah SWT.

“Tapi saya tidak menolak apa saja benda (jodoh) yang baik datang dari Allah SWT selepas ini, saya akan terima. Jika ditakdirkan tiada jodoh lagi pun, saya okay sahaja kerana hidup saya sekarang pun lebih tenang dan bahagia bersama anak,” katanya.

Sudah dua kali memegang status janda, Mas Idayu berkata dia melihat masyarakat kini sudah bijak menilai berbanding dahulu.

“Zaman sekarang sudah moden di mana berkahwin dan bercerai itu adalah perkara biasa ketika ini. Maksudnya di sini perceraian yang berlaku itu ada sebab yang kukuh dan bukan untuk suka-suka seperti yang saya lalui ini.

“Ia berbeza dengan situasi perkahwinan anak muda zaman sekarang yang hanya mampu bertahan dua atau tiga bulan dan selepas itu, bercerai,” katanya.

Terdahulu, Mas dan Sufian yang juga penerbit TV3 berkahwin pada September 2022. Namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan dua tahun sahaja.

SUMBER: Harian Metro

×