Marsha Bakal Nikah Januari Tahun Hadapan?
Melalui perkongsian gambar kad jemputan perkahwinan daripada forum CARI, khabarnya pelakon Marsha Milan Londoh bakal menamatkan zaman bujangnya pada 8 Januari tahun hadapan.
BACA: Isu Peluk Islam : Marsha Mohon Privasinya Dihormati

Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi daripada empunya badan bagaimanapun rata-rata yang mengetahui perkara berkenaan mengucapkan tahniah berikutan perkahwinan itu.
Sebelum ini Marsha pernah menyatakan mengenai pendiriannya untuk tidak memberitahu semua perkara kepada pihak media berikutan dakwaan bahawa dia kini sudah memeluk agama Islam.
“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya”
“Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan,” jelasnya terdahulu. Apa pun, semoga ikatan yang bakal terjalin ini akan sentiasa membawa sinar bahagia kepada Marsha dan juga pasangan. (rtky/s)
lakonannya menyerlah dlm Jwanita. Pandai menjiwai watak!
Congrats ! Mona till jannah ..Amin
bila dah kahwin nanti, jagai lah batasan batasan seorang isteri yang solehah. Barulah rumah tangga berkekalan sehingga jannah. To be married is easy but to stay married is another thing. It needs seriousness on both sides, no more hanky panky, have due respect for the extended families on both sides, be responsible marriage partners, no more flirting around and be duty bound as parents. Otherwise, if the egg cracks, there shan’t be a happy tomorrow. A happy marriage is like a dream come true, where two birds meet and mate and flew to paradise.
Marsha antara artis yang gigih membina nama dan meningkatkan mutu lakonan. Suka tengok dia jadi pontianak dalam keluarga Pontimau. Tahniah
congrats marsha!