fbpx

Isu Peluk Islam : Marsha Mohon Privasinya Dihormati

Penyanyi dan pelakon kelahiran Sabah, Marsha enggan mengulas lanjut isu penyebaran berita yang mendakwa dia telah memeluk agama Islam.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 30, berkata, dia memerlukan sedikit ruang dan memohon agar hak privasinya sebagai individu dihormati.

“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya”

“Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan”

“Tetapi sudah tentu setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya,” ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo!.

Pelakon drama bersiri Keluarga Pontimau itu menjelaskan dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai situasinya kerana mempercayai tiada siapa yang dapat memahami keadaannya buat masa ini. (rtky/fr)