Marsha Akui Suami Jagakan Akaun Media Sosial Untuk Elak Sensitiviti
Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu, Marsha Milan Londoh mendedahkan bahawa kini suaminya, Mohamed Shaiful Nizam adalah individu yang mengawal aktiviti media sosial beliau bagi bertujuan menjaga sensitiviti semua pihak.
BACA: Gambar Sekitar Majlis Resepsi Marsha Milan, Suami
“Kadang kala saya tidak sedar tingkah laku dan gurauan saya berlebihan hingga melanggar sensitiviti mana-mana pihak. Oleh itu, suami saya bersikap protective dan menjadi orang pertama yang mengkritik sekiranya gambar itu kurang sesuai”
“Nasihat dan kritikan yang diberikan suami, saya ambil sebagai panduan demi perkembangan kerjaya. Dia juga menyarankan kepada saya untuk mengubah cara mengacara dengan mengurangkan sikap kebudak-budakan bersesuaian dengan kematangan usia,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Marsha sama sekali menafikan dakwaan yang mengatakan beliau obses terhadap suaminya sehingga kerap memuat naik gambar bersama di media sosial. Menurutnya, beliau memilih untuk berkongsi kehidupan mereka hanya selepas sah bergelar suami isteri. (rkty/w)
merah jugak bibir laki si marsha ni….errrr…kenapa ni…kenapa ni…x boleh pndg langsung laki bibir merah ni….suke sgt…
obses dgn laki sendiri puuuunn nak jadi issue. bior lee.. dah laki dia. kalau dia obses dgn laki org lain hal laahh..
hsbd dia mcm Ray Johara pon ada…
Bagusnya… http://www.gerobokbuku.com/
zzzieggler : ko nie gatal kan . semua laki ko kata bibir merah . herrr daa sanggap dengan bibir jantan keee ?
Untunglah ada suami yg membahagiakan kehidupan..semoga bahagia selalu
Zzzieggelir tu palsu yg betul x kan ckp lucah..
Untung Marsha….http://goo.gl/xTn29f