fbpx

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Marsha Milan, Suami

Baru-baru ini telah berlangsung majlis resepsi pasangan bahagia Marsha Milan dan juga suami Shaiful yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan dengan cukup meriah dan turut dihadiri rakan terdekat dan juga rakan selebriti.

BACA: “Jaga Suami Dapat Pahala Buat Bekalan Masuk Syurga”

Sebelum ini, pasangan ini menjelaskan bahawa mereka belum lagi memikirkan lokasi berbulan madu kerana masing-masing sedang sibuk dengan urusan kerja. Malah dalam masa yang sama juga Marsha menjelaskan bahawa dia sangat merasa bahagia bergelar isteri.

Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga. Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur”

“Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik Insya-Allah,” katanya kepada mStar Online sebelum ini. Kami kongsikan anda beberapa keping gambar ketika majlis resepsi berlangsung baru-baru ini. Enjoice!