fbpx

Maroon 5 Sahkan Bakal Turun Ke Malaysia Untuk Konsert, September 2012

Kalau tahun 2012 bukan tahun paling meriah untuk aktiviti konsert di’Malaysia, kami tidak tahu apa lagi yang boleh buatkan peminat muzik Malaysia berpuas hati.

Baru sahaja kita semua di’puaskan dengan persembahan mantap Christina Perri beberapa hari lalu, peminat kini menanti kedatangan Train & Jason Mraz pada 16 dan 19 Jun ini.

Berita terbaru, Maroon 5 melalui akaun Twitter rasmi mereka telah mengesahkan yang mereka akan berkunjung ke Malaysia pada 20 September 2012 ini untuk konsert khas.

Ini bukan kehadiran pertama mereka. April 2011, Maroon 5 berjaya memukau penonton yang hadir ke Stadium Putra Bukit Jalil dan tahun ini selepas The Voice, Adam Levine semakin di’gilai peminat.

Tiket, lokasi & masa untuk konsert Maroon 5 Live In Malaysia ini akan kami kemaskini secepat mungkin.