Markah Tertinggi Lagi Di GV8, Netizen Kata Aliff Aziz Bakal Juara
Tampil menyerlah di minggu kedua konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi, penyanyi berasal daripada Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi mendapat markah tertinggi.
Mendendangkan lagukumpulan popular Indonesia, Padi berjudul Kasih Tak Sampai, nyanyian Aliff turut mendapat pujian Datuk Ramli MS yang disifatkan sebagai dinamik.
BACA: Aktif Tabligh Tak Halang Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza
Di media sosia, rata-rata netizen memuji kehebatan vokal Aliff apabila menyampaikan lagu sehingga masuk ke jiwa. Malah, ada yang mengatakan mereka menonton GV kerana Aliff.
Dalam pada itu, ramai mengatakan Aliff bakal bergelar juara apatah lagi sudah dua minggu berturut-turut mendapat markah tertinggi. Kata netizen lagi, jika malam tadi adalah malam pentas akhir sudah tentu Aliff bergelar juara.
Sementara itu, netizen berkata meskipun sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi panas namun Aliff membuktikan dia sememangnya berbakat.
Semalam, Aliff mendapat markah sebanyak 81 peratus meninggalkan 12 peserta lain. Minggu hadapan, Aliff bakal mempersembahkan lagu Kasihnya Laila nyanyian kumpulan Jinbara.
- SUMBER
- Ohmymedia
Boring gv musim ni…
x minat GV.. tapi nampak hensem pulak aliff aziz
Baru mnggu kedua…lama lg nk hbs…mcm2 boleh jd
Giv im a chance
Artis artis ni dpt duit bila masuk bertading gv ?
Byk ker byran astro utk dorang bertanding ?
Atau bila menang baru dapek duit
Jojo
Mmg la dpt gaji setiap episod. Kalo x, siapa la nak masuk. Buang masa berminggu2. Juri pun kne byr gaji tau. Mn ada bnde free skrg ni
Kalo menang dpt lg bonos. Pernah terbaca kat blog2 hiburan ni ada je sesetengah episod yg ada drama sedih gaduh2 love2 etc dlm kebanyakan program realiti ni dah dirancang oleh produksi bg menarik korang tgk. Ada juga sesetgh program realiti dh ada preplan sape yg filler, sape yg anchor. So kalo hang jenis sendu mmg x de depa nak simpan sampai final. Tapi setiap produksi ada cara sendiri la. Gegarv ni aku xtau lah sama ke x.
Aliff aziz ni kalo x de kontovesi dah lama jd hero drama pukul 7 kot.
Oooo yela kan.
Sbb dulu ada sorang penyanyi ni bunyi kena cari duit sendiri beli baju, kos nk dtg bertanding..bla bla sume sendiri..dia hampir putus asa katenya.
Tingat dulu ogy ckp elly pom kuat drama sedih atas pentas gv..mase kes cerai dia dulu
Ok tq bella cute.
alif mkin hensem dan sadooooo.. aummmmm… hahahahha!! gudluck alifffffffffffff!!!!
Aku xpenah minat alif ni..lagu dia pun xla sehebat hael,hafiz..tp kat gv ni baru nmpk suara dia..ye la, kalau xsedap, xkan jadi spore idol kan..hihihi
Harap dia betul2 berubah & gunakan peluang yg ada ni utk jadi lbh baik
Juara tu masih awal..tp kalau dia konsisten, xmustahil
Aku tggu kak dib buat konset orkestra
Bini2 org dh mula berair dgn Alip Aziz.
He nailed it guys! Go Aliff!!
Show us more your talent..keep polishing your vocal. Gud tv, Aliff!!
U look great on stage every week!!
Be humble, focus & stay low key..&
u are Road To Champion GV8. I bet u are!!
Greetings from JB.