fbpx

Mark Adam Belajar Baca Iqra Pada Usia 40 Tahun

Ramai tidak mengetahui tentang kisah peribadi penyanyi Mark Adam dimana dia memeluk agama Islam pada tahun 2003 sebelum berkahwin dengan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya.

Usianya kini mencecah 40 tahun, baru-baru ini Mark berkongsikan satu video dimana dia belajar membaca Iqra. Turut kedengaran, Mark menyebut satu persatu huruf hijaiyyah sambil diperbetulkan oleh seorang pengajar.

BACA: Hadiahkan Banglo, Mark Adam Harap Ibu Peluk Islam

View this post on Instagram

Insyaallah Thank u Ustaz ???

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Menerusi perkongsiannya itu, Mark turut mengucapkan terima kasih kepada ustaz yang mengajarnya. Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kesungguhan Mark untuk belajar mengaji.

Malah ada yang meluahkan rasa syukur serta mengatakan jarang orang seusia Mark mahu belajar mengaji. Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan diharap perkongsian Mark ini dapat dijadikan contoh kepada mereka diluar sana bahawa belum terlambat lagi untuk belajar membaca Al-Quran.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Mark sentiasa istiqamah serta dipermudahkan segala urusan dalam mendekatkan diri kepada Allah.