fbpx

Mark Adam Akui Sudah Bertemu SPRM Berhubung Isu Macau Scam

Selepas pelakon dan pengacara Nabil Ahmad, isteri penyanyi dan pelakon Mark Adam, mengesahkan bahawa suaminya antara salah seorang individu yang sudah bertemu dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, Norazah atau lebih mesra disapa Ezan berkata pertemuan itu tidak diadakan di Pejabat SPRM sebaliknya di lokasi penggambaran. Ujarnya, mereka hanya disoal mengenai kedai minuman Bubble Bee mereka di Shah Alam.

BACA: Mark Adam Dedah Pernah Dihasut Keluar Islam

“Pihak SPRM ada datang jumpa kami dekat lokasi penggambaran semalam. Kami tak ke pejabat SPRM pun. Mereka tanya sama ada terlibat ke tak dengan Bubble Bee. Kami cakap ada tetapi sebagai duta untuk Bubble Bee cawangan PKNS sahaja.

“Kami pun belum menerima sebarang bayaran atau menandatangani apa-apa perjanjian. Pertemuan itu tidak lama. SPRM tidak ada mengarahkan kami untuk pergi ke pejabat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.