fbpx

Marissa Dania Lari Hilangkan Diri, Abby Abadi Hanya Serah Pada Allah

Pelakon Abby Abadi mendedahkan selepas hangat diperkatakan mengenai dakwaan anaknya bermadu, Marissa Dania memilih untuk menghilangkan diri.

Menerusi podcast GVV Studio dikendalikan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam, Abby berkata kali pertama mereka bertemu semula ketika acara review buka puasa baru-baru ini yang tular.

BACA: Cover Gambar Marissa Tapi Video Misya, Butik Muslimah Sengaja Cetus Kontroversi?

https://www.tiktok.com/@yaya065757/video/7343554552609787157?

“Sekali itu je lah saya jumpa dia. Dia melarikan diri, dia menghilangkan diri tapi saya tahu dia selamat dekat luar. Itu saya kata dia rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya memang serah kepada Allah,” katanya.

Sementara itu, Abby berkata dia hanya mengharapkan yang terbaik buat anaknya itu dan menitipkan pesanan buat anaknya itu untuk pulang jika masih memerlukan dirinya.

“Saya tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang. Saya mengharapkan yang terbaik. Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” katanya.