fbpx

Hangat diperkatakan mengenai isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan menjadi model untuk satu jenama butik muslimah dan yang turut menampilkan Marissa Dania dan Aslam sebagai model.

Susulan kontroversi itu, agensi yang menguruskan Misya menafikan dakwaan pihak mereka terlibat dalam marketing untuk jenama pakaian itu.

BACA: Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Butik Muslimah Jemput Marissa & Aslam Jadi Model

Menurut pihak agensi itu, mereka sudah memeriksa sosial media jenama tersebut untuk memastikan Marissa tidak terlibat dengan jenama berkenaan.

Namun, apabila tiba di lokasi penggambaran baru keluar gambar Marissa di media sosial jenama itu dan ketika itu tidak boleh menarik diri kerana sudah menerima bayaran.

Katanya lagi, ketika itu pihaknya meminta jasa baik jenama tersebut untuk mengeluarkan dahulu posting Marissa atau diselang selikan dengan gambar model lain dan dipersetujui oleh jenama berkenaan.

Menurut pihak agensi itu lagi, ketika penggambaran tiada kelibat Aslam dan Marissa dilokasi dan ketika itu mereka bersikap profesional serta ketepikan hal peribadi.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, pihak agensi ada menunjukkan mesej mereka dengan jenama pakaian tersebut yang bertanyakan mengenai posting di media sosial.

Namun tiada maklum balas mengenai perkara itu daripada pihak jenama pakaian berkenaan. Kata pihak agensi lagi, penjelasan itu adalah untuk mengelakkan kekeliruan dimana ada yang mendakwa Misya, Marissa dan Aslam ada bersama ketika penggambaran itu dan kontroversi itu hanya konten.

Pihak agensi menegaskan apa yang berlaku bukan konten dan Misya tidak tahu menahu mengenai suaminya dan Marissa terlibat dalam penggambaran tersebut.