fbpx

Marissa Dania Jadi Model, Netizen Puji Cantik Macam Abby Abadi Masa Muda

Baru-baru ini video memaparkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania menjadi perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan leeyanarahman, Marissa dilihat menjadi model jenama fesyen tempatan untuk koleksi baju raya.

BACA: Bekas Suami Nekad Nak Berubah, Mengaku Lemah Bila Marissa Datang Kejar Balik

@leeyanarahman.co

Tengok depan2 lagi helokk dia ni ?? #fyp #foryou #leeyanaraya2024 #shouldbeme #LEEYANARAHMAN #tiktokavatars #fypage #leeyanarahmanpreraya2024

? original sound – Leeyanarahman – Leeyanarahman

Dapat dilihat, Marissa cukup cantik ‘catwalk’ di hadapan penonton bagi memperagakan baju kurung berwarna kelabu jenama tersebut.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan anak kepada selebriti itu. Malah, ada yang mengatakan Marissa cantik seperti ibunya ketika masa muda.

Sementara itu, ada juga yang meninggalkan komen menyebut semula kisah panas terpalit Marissa yang didakwa bercinta dengan suami orang.