fbpx

Maria Farida: Jangan Hisap Rokok Dan Saya Wajib Makan Coklat Setiap Hari

Hari Sabtu, kita layankan kisah selebriti yang ringan ringan sahaja. Siapa akan sertai kami ke #OctTwtFest petang nanti?

Kalau kita lihat trend hari ini, Maria Farida sebenarnya salah seorang pelakon wanita semi veteran yang masih ‘laku’ di’kalangan peminat hiburan muda.

Apa sahaja berkaitan Maria Farida sehingga ke hari ini masih menjadi perhatian — lebih lebih lagi wajah cantik manis beliau. Eceh.

Bercakap kepada sebuah majalah hiburan tempatan baru baru ini, Maria Farida berkata salah satu petua beliau untuk kekal cantik adalah dengan tidak mengamalkan tabiat merokok.

Menurut aktress ini lagi, merokok akan mempercepatkan kedutan kulit di’bahagian muka terutamanya mata & mulut dan kerana itulah gaya hidup merokok bukan pilihan Maria Farida.

Satu lagi fakta menarik tentang selebriti ini, beliau perlu makan coklat setiap hari & masih berjaya mengekalkan bentuk badan yang menarik sehingga ke hari ini.

“Saya tidak boleh terlepas makan coklat setiap hari, dalam peti sejuk saya akan tersedia pelbagai jenis coklat untuk saya jamah. Kalau terlepas, saya rasa tidak selesa & ada sahaja yang kurang,” ujar Maria Farida.