fbpx

Maria Farida Akui Suami Seronok & Bahagia Ketika PKP

Meskipun ramai yang mengeluh susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, namun lain pula bagi pelakon Datin Sri Maria Farida yang berkongsikan tentang suaminya yang seronok sepanjang tempoh PKP.

Menurut Maria, suaminya berkata sepanjang tempoh PKP ini secara tidak langsung dapat menjimatkan wang perbelanjaan. Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 50 tahun itu sempat bergurau manja di ruangan kapsyen.

BACA: Maria Farida Menang Saman RM400,000

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Maria itu. Malah, ramai yang mendoakan agar rumah tangga Maria bersama suaminya itu dirahmati dan berbahagia selalu.

Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikan pelakon itu meskipun sudah menganjak usia 50 tahun namun masih nampak seperti anak dara. Tidak kurang juga, ramai yang bertanyakan tips wanita itu masih kekal cantik.

Untuk rekod, Maria mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rahman Shakur pada 26 November 2015.