fbpx

“Mari Kita Lihat Kehidupan Penyondol Itu Selepas Ini” – Shuhada

Perkongsian bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi perhatian apabila dilihat ada memuat naik status di Insta Story miliknya pagi tadi.

Menerusi perkongsian itu, Shuhada menyifatkan penyondol akan sentiasa bertindak melakukan perkara yang sama. 

BACA: Shuhada Sudah Failkan Cerai

Ujarnya, dia sendiri yang akan berkongsikan mengenai perkata itu kepada umum memandangkan dia sudah pun bercerai dengan pelakon itu.

“Listen here folks! Yeapp, penyondol always penyondol! Maaf dekat Humairah and Umar? No, penyondol akan sentiasa penyondol!

“Kali ni, I sendiri akan cakap, bukan dari orang lain since I dah bercerai. Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini!!,” tulisnya.

Terdahulu, Hafidz didakwa menceraikan isterinya dengan talak satu melalui telefon bersaksikan keluarga masing-masing.

Sebelum ini,vhangat diperkatakan apabila Shuhada mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian, wanita bernama Athiya Yuhada memohon maaf kepada Shuhada kerana mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka serta mendedahkan Hafidz mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.