fbpx

Jumpa Ben Amir Di Larian Marathon OPPO Bertemakan Salji Dan Rebut Hadiah Bernilai RM27,000

Bagaikan tidak percaya tapi inilah kenyataannya. Satu aktiviti larian pada waktu malam atau lebih dikenali sebagai night run bakal diadakan pada Disember ini. Night run anjuran OPPO ini memilih tema larian dalam sajli bagi mengakhiri tahun 2019 dengan lebih bergaya dan rare.

Ha sebelum terlupa, bagi anda yang membeli sebarang jenis telefon pintar OPPO mulai 15 November lalu anda layak mendapat tiket night run secara PERCUMA. Hanya perlu tebus kod QR di sini.

Inilah yang dikatakan OPPO Reno Festive Night Run yang memilih konsep lari lain dari lain seperti keluaran telefon pintarnya yang mempunyai pelbagai kelainan.

Festival larian pada waktu malam ini turut disertai oleh santa claus dan selebriti pujaan ramai iaitu Ben Amir yang turut sama menjayakan larian yang serba kelainan ini. Jadi kepada anda yang ingin berjumpa dengan Ben Amir tu jangan lupa untuk sertai larian ini pada 21 Disember bertempat di KL Sports City, Bukit Jalil pada jam 5 petang.

Hadiah Bukan Main Gempak Lagi, Siapa Tak Nak Kan!

Lebih menarik lagi, setiap jarak larian ini juga mempunyai hadiah rebutan yang berbeza.

Antaranya bagi larian 10KM bakal membawa pulang RM1,500, OPPO Reno2, trofi (tempat pertama), RM1,000, hadiah dan trofi (tempat kedua), RM600, hadiah dan trofi (tempat ketiga) manakala tempat keempat dan kelima pula masing-masing bakal membawa pulang RM300 dan RM200.

Larian yang terbuka kepada lelaki dan wanita ini juga turut menyediakan hadiah berupa cabutan bertuah bernilai hampair RM10K bagi pelari yang memilih jarak larian 5KM (fun run).

Sebaik sahaja anda sertai OPPO Reno Festive Night Run ini anda bakal mendapat T-Shirt, nombor bib, medal, woven bag, sijil penyertaan serta dua barangan tajaan.

Larian yang bertemakan Christmas dan rumah hantu ini hanya mengadakan jarak larian sebanyak 5KM dan 10KM di mana setiap jarak larian mempunyai bayaran yang berbeza.

– 5KM: Harga biasa RM55, yang terawal (early bird) RM50
– 10KM: Harga biasa RM70, yang terawal (early bird) RM65

Bukan Hanya Larian, Aktiviti Lain Pun Ada

Tidak hanya semata-mata tertumpu kepada larian, OPPO Reno Festive Night Run ini juga turut mengadakan peraduan check in contest.

Peraduan ini memerlukan para peserta mengambil gambar menggunakan OPPO Reno2 yang disediakan di plafrom ataupun OPPO Reno2 milik anda sendiri. Kemudia muatnaik di laman Instagram dengan hashtag #OPPORenoFesRun2019 dan #OPPOReno2.

Setiap gambar yang dimuatnaik haruslah menggunakan dark mode dan bagi video pula anda harus rakam menggunakan ultra steady mode. Tetapi jangan lupa nyatakan apa kelebihan menggunakan mode yang anda ambil. Gambar dan video yang paling kreatif bakal membawa pulang hadiah.

Bagi anda yang tidak sempat untuk sertai perduan tersebut, anda boleh menunggu aktiviti cabutan bertuah yang membolehkan anda untuk membuat 3 kali pusingan. Best ni, sambil berlari bawa pulang hadiah hebat-hebat.

Hadiah Sudah Diberitahu, Apa Tunggu Lagi Daftar Sekarang

Bagi anda yang sudah tidak sabar untuk rebut hadiah-hadiah hebat yang ditawarkan ini, anda boleh mula berdaftar di laman rasmi OPPO Reno Festive Night Run ini.

Bagi yang sudah membeli telefon pintar OPPO anda boleh mendaftar di sini. Cepat daftar sebelum tarikh tutup.

Hebatkan hadiah-hadiah yang bakal anda bawa pulang. Kami yakin anda semestinya ingin tahu apa kelebihan telefon pintar OPPO Reno2 sehingga dijadikan hadiah utama dalam night run ini. Ini antara kelebihannya:

1. 5x Hybrid Zoom


Dengan kuasa 5x hybrid zoom yang terdapat dalam mod OPPO Reno2 ini membolehkan anda untuk rakam memori terindah bersama insan tersayang meskipun dalam keadaan jarak jauh.

1x zoom

5x hybrid zoom

2. 20x Digital Zoom


Bagi yang gemar merakam video sangat sesuai jadikan OPPO Reno2 sebagai pilihan anda. Reno2 kali ini dilengkapi dengan 5x zum hibrid dan 20x zoom digital untuk rakaman gambar yang lebih ultra kualiti tinggi meskipun dalam keadaan jarak yang jauh.

20x digital zoom

3. Ultra Steady Video


Bila bercakap bab video, OPPO Reno2 ini memang paling awesome kerana ia dilengkapi dengan Ultra Steady Video dengan kesan bokeh, pengurangan bunyi dan zoom audio yang menarik.

Ultra Steady Video ini akan bertindak menstabilkan video yang diambil semasa jogging, ski, berbasikal atau perjalanan dengan kuasa Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS) yang mengimbangi pergerakkan.


Lebih menarik lagi, dengan kecanggihan ini anda boleh merakam video dengan kadar bunyi yang sangat perlahan. Jadi jangan bimbang bunyi-bunyi yang tidak diundang akan masuk kedalam video anda ketika rakaman berlangsung!

4. Ultra Dark mode

Jika anda melakukan rakaman pada waktu malam sekali pun OPPO Reno2 masih mampu merakam setiap objek yang ada. Anda hanya perlu gunakan Ultra Dark Mode sahaja. On sahaja mod ini, pastinya setiap video anda akan lebih berkualiti meskipun rakam dalam keadaan cahaya yang kurang.

5. Ultra Macro Mode

Dengan kuasa ultra macro mode yang terdapat pada OPPO Reno2 ini akan menjadikan gambar close up anda lebih cantik dan mampu fokus kepada objek dengan lebih tepat. Gambar seperti ini sangat sesuai untuk dimuat naik di laman Instagram.