fbpx

Manjanya…Da’i Syed Sibuk Berborak, Isteri Terlentok Lena Di Bahu

 Sebut saja nama Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail, sememangnya pasangan selebriti itu sering menjadi perhatian di media sosial, meskipun ada segelintir meluat melihat kemesraan ditunjukkan mereka.

Terbaru, video dimuat naik Syed di aplikasi TikTok menjadi perhatian memaparkan dia bersama isterinya hadir ke sebuah acara.

BACA: Da’i Syed, Hana Ismail Bakal Terbitkan Novel ‘7 Hari Istikharahku’

@daisyed_

Tu malas bawa pergi event tu, mesti kena balik awal ?

? Infone Maseh – ????? || ?????? ?

Namun, apa yang menjadi bualan apabila melihat Hana yang sudah terlentok lena dibahu suaminya yang sedang sakan berbual dengan rakannya.

Perkongsian Syed itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat gelagat manis pasangan serta ada yang ‘bersemut’.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Hana manja dengan suaminya serta tumpang bahagia melihat pasangan tersebut dan mendoakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia.

Terdahulu, Da’i Syed dan Hana yang juga personaliti televisyen mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.