fbpx

Lama sebenarnya kami idamkan program sebegini untuk muncul & hari ini sebuah program terbitan Astro, MANIA merealisasikan apa yang kami harapkan.

12 orang penyanyi yang di’pilih khas & 3 orang penyanyi pilihan peminat akan bertarung di’atas pentas MANIA untuk merebut gelaran yang terbaik serta wang tunai RM500,000. Fuuuu!

Dua belas orang peserta yang sudah pun tersenarai adalah Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Adira AF8, Estranged, Kristal dan juga Awi Rafael.

Tiga lagi peserta yang akan jadi peserta menduduki Hot Seats akan di’tentukan melalui undian dari peminat di laman web rasmi MANIA dan kalau mahu tahu siapa yang tersenarai, halakan monitor anda ke sana sekarang. Heh. 

15 orang peserta professional ini akan di’bahagi kepada 3 kumpulan di’bawah tanggungjawab & amanah tiga orang ikon yang terpilih khas untuk memberi bimbingan & perhatian — Dato’ M Nasir, Ahmad Dhani & Aubrey Suwito.

Pemenang tempat pertama untuk MANIA ini akan membawa pulang wang tunai RM500,000, kedua RM200,000 dan ketiga akan meraih RM100,000. Penerbit muzik atau ikon yang berjaya membawa ‘anak murid’ mereka bergelar juara akan membawa pulang wang tunai RM300,000.

MANIA akan memulakan siaran langsung pertama pada 17 Mac 2012 ini pukul 9.00 malam menerusi Astro Ria Saluran 104 secara eksklusif.