“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Walaupun menang tipis 3-2 ke’atas Malaysia hari ini, Manchester United nampaknya masih bersemangat untuk berlawan untuk kali kedua.
Jurucakap Manchester United berkata, pasukan itu berbesar hati untuk kembali ke padang bersama pasukan Malaysia selepas jelajah Indonesia di’batalkan atas sebab pengeboman pengganas.
Namun jurucakap Dr. Dino Patti Djalal berkata: “MU perlu membuktikan mereka bersama kami, bukan setakat dari segi kata-kata, tetapi juga tindakan.
“Tidak ada mesej yang lebih tegas kepada dunia daripada meneruskan perlawanan di Jakarta sebagaimana dirancang,”
Tiket-tiket bagi perlawanan persahabatan kedua United-Malaysia ini boleh dibeli di kedai-kedai rangkaian barangan sukan Nike dan Al-Ikhsan atau melalui internet (www.ticketpro.com) pada harga RM58 dan RM308.
Siapa yang tidak dapat pergi petang tadi, boleh sangat pergi Isnin ini. Bukan senang Manchester United nak lepak Malaysia lama-lama. Sumber berita & gambar: Utusan Malaysia