fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai kes amang seksual melibatkan seorang pendakwah selebriti terkenal.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi sensasi, Baby Shima yang mempersoalkan Pencetus Ummah dan ustazah online yang belum memberikan sebarang ulasan mengenai kes tersebut.

BACA: “Apa Hukum Amang Seksual? PU Dan Ustazah Online Tak Nak Ulas Ke?”- Baby Shima

Dalam pada itu, penyanyi dangdut Ifa Raziah pula tampil memuat naik status mempersoalkan mana pergi golongan ustaz dan ustazah yang hebat-hebat dalam memberikan pandangan dan pendapat mengenai kes amang seksual yang berlaku.

“Mana pi semua ustaz dan ustazah yang hebat ni, semua tak ada pun buat konten mengenai geng depa!” tulisnya.

Ifa turut mengatakan bahawa golongan tersebut pantas sahaja bersuara serta mengkritik jika ada isu melibatkan dirinya.

“Kalau kes aku cepat je korang buat syarahan agama, cakap aku ahli neraka!!” Oo lupa brother & sister hood!! Haoyooo! Porahhh!” tulisnya.

Sementara itu, Ifa juga dilihat ada memuat naik perkongsian daripada Baby Shima  yang ada memetik namanya di Insta Story.