fbpx

Mamat Sepah Rindu Nak Beraksi Dengan Jep & Shuib

Pelawak Mamat Sepah mengakui rindu untuk kembali beraksi di satu pentas bersama sahabat baiknya, Jep dan Shuib.

Memetik mStar Online, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Mura berkata hubungan mereka masih baik-baik sahaja namun tidak berjumpa kerana kekangan masa.

BACA: “Aku Dah Ampunkan, Walau Korang Pernah Hancurkan Nama Aku”

“Sebenarnya kami baik cuma waktu tidak mengizinkan untuk berjumpa sehingga Jep tu makan hati dengan saya kerana terpaksa tolak perlawaan untuk berjumpa atas faktor kekangan masa walaupun dia berdekatan dengan rumah saya.

“Buat masa sekarang ini biar mereka beri komitmen dengan program Sepahtu dulu… saya pula fokus kepada kerja hakiki, kadang-kadang rasa bersalah dengan Jep,” katanya.

Dalam pada itu, Mamat tidak menolak untuk membuat bersama dengan dua sahabatnya itu suatu hari nanti serta meminta kepada peminat untuk mendoakan perkara itu.

“Buat masa sekarang ini untuk bersama kembali memang tidak boleh atas faktor masa tapi saya minta kepada peminat… apa-apa pun doakan manalah tahu satu hari nanti kami akan disatukan atas pentas lain pula,” katanya.