“Aku Dah Ampunkan, Walau Korang Pernah Hancurkan Nama Aku”
Baru-baru ini, Mamat Sepah dan Shuib dijemput dalam satu rancangan temubual. Menerusi program itu, Mamat berkongsikan kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan Shuib 10 tahun lalu.
Mamat akui kehilangan sahabat baik amat perit baginya namun dia akur di atas apa yang terjadi. Mamat berkata di dalam dunia ini tiada sahabat sebaik Jep dan Shuib dan mereka ini tidak dapat dicari ganti.
BACA: Mamat Sepah Syukur Isteri Tak Pandang Rupa
Hilangnya sahabat lagi sakit daripada hilangnya cinta dusta. pic.twitter.com/ctUtpDi9a7
— APAI W (@faizzzzzzzzzz28) August 2, 2020
“Dalam dunia ni ada satu je kawan saya yang datang rumah mak saya takkan marah iaitu Jep. Pada pandangan orang luar ya, memang Sepah tengah banyak duit ketika itu, muka kita orang bertahun keluar TV non-stop.
“Tapi bila kita bergaduh pasal kerja, pasal attitude saya dan semua ada masalah masing-masing, kita ada alasan yang tersendiri.
“Bila saya hilang kawan saya tu, dah tak tahu nak cari kawan yang sebaik macam diorang ni. Mereka terlampau baik dalam hidup saya,” katanya.
Mengakui apa yang terjadi sebelum ini adalah salah dirinya juga, Mamat berkata mereka tidak pernah bertengkar mahupun bergaduh atas isu yang jadi terdahulu.
“Tapi itu mungkin kesilapan saya, masa ataupun orang sekeliling yang mengapi-apikan tapi saya tidaklah mahu menyalahkan orang sekeliling. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.
“Lama kami sunyi tapi kita tak pernah bertengkar atau bertumbuk. Saya tiada persoalan buat mereka sebab mereka dah jawab segalanya.
“Cuma saya nak diorang tahu, satu hari nanti apa itu erti persahabatan dan mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Sebab mereka berdua ni saya letakkan ke depan walaupun saya pernah ada group lain,” katanya.
Dalam pada itu, Mamat berkata dia tidak menyimpan apa-apa dendam atau pun perasaan terhadap dua sahabat baiknya itu, malah sudah pun ampunkan dosa mereka 10 tahun lalu. Lebih meruntun jiwa, Mamat berkata dia pernah berjanji dengan Jep mahu diletakkan di sebelah liang lahat masing-masing.
“Bagi saya mereka tiada dosa dengan saya. Jangan satu hari nanti mereka mati mereka bagi tahu isteri mereka ada dosa dengan Mamat.
“Aku nak korang tahu hari ni yang korang takda dosa dengan aku. Dengan apa yang terjadi walau korang pernah hancurkan nama aku satu ketika dulu, aku nak korang mati nanti korang cakap kat bini korang tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab aku dah ampunkan awal 10 tahun yang dulu.
“Sebab kita pernah janji kita nak mati sama-sama. Kau mati aku duduk sebelah liang lahat kau. Itu saya pernah cakap dengan Jep,” katanya lagi.
- SUMBER
- Media Hiburan
He said an i quote,
“aku nak korang mati nanti korang cakap kat bini korang tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab aku dah ampunkan awal 10 tahun yang dulu.”
Ni meroyan ape ni. Mcm nk sindir member tak pernah minta maap je
betul la ape mamat cakap. iolss pernah merasa dah.xpela mamat . pandang kedepan. yang lepas xpayah di pikirkan. semua ada bahagian masing masing nnt.
Hmmm jap aku x berapa nk phm napa mamat ckp cmtu..bkn mamat dibuang dr sepah sbb attitude prob ke? Lg1 napa nk ckp mcm ko x pernah buat slh? Mcm jep n shuib je naya ko? Napa mention nama jep je mcm ko ok shuib ko x sebut pun…dah dah la sepah xdak mamat ok je..ada pun x lawak
dlu time tgh up, nmpk jep dgn shuib tak sibuk2 ada skandal dgn perempuan cun2. tp si mamat ni sibuk2 je nk lekat kt awek baru nk up. entah apa2 ntah, pastu bajet2 hensem. tak pernah pun jep dan shuib buruk2 kan si mamat ni. dia yg hancurkan karier dia sendiri, ada member buat taik kejar betina. bila betina blah baru terduduk sbb member dh tawar hati. MEMANG SALAH MAMAT, tak yah acah2 victim la
ayat x jelas lar mat.
kjp ko kata dh ampun kan dosa mereka.
kjp ko kata mereka xde dosa dgn ko, sume silap ko sendiri.
cer susun ayat betul sikit bg aku fhm. senang aku nak masuk team ko atau team soib atau team jepp.
ini kalo aku nak masuk team citer pun pusing2.
elok ko move on je.
dulu aku ingat korang bertahan mcm pramlee do re mi.
so aku dulu vote sepah zmn korang bertiga. skrg satu pun ku x follow. aku follow amer amerika jek.
Kdg2 kita pikir kan kwn kita jaga hati mrk, kita nasihat elok2 tp bila dah ada org cucuk terutama org tersayang semua hilang. Sedih bila pikir semua ni. Kwn biar beribu2 bersahabat cuma 4-5 jek. Tp kdg2 hancur jugak hubungan tu semuanya sbb duit!
dia ni x boleh terima kenyataan yg dia ni x lawak..ok bye
kenapa kata member pulak hancurkan nama dia? member reject tu sebab nak jaga nma grup pasal dia ada masalah displin.
aiikkkk ni macam nak blame jep ngan shuib je..bukan ko kena buang sbb masalah displin ke mamat? salah sendiri nama jadi busuk
Mujur zmn ni ada google. Apa juga yg kita ckp boleh dicari semula. Jadi hang sebenarnya nak cakap apa mamat oiii…? Udah le xyah bergaduh.
Yg jatuh kan lelaki cinggey
Mamat jatuh sbb cingey lah
Aduihh mamat, move on jelah, sbnrnya aku tgk ko pun xlawak, ko ada ke xde dlm sepah sama je jep ngn shuib boleh berjaya. Tgk cerminlh dulu..huhuhu
cuba tgok balik maharaja lawak ke raja lawak.. mamat tak buat kerja pun… nmpk sangat dia ni parasit dalam kumpulan.. lepas tu acah victim…klau aku pun aku buang parasit dkt dlm group.. untung bg sama tp xbuat kerja… hampeh
Kawan aku sebelum meninggal sempat lg mengumpat aku…terbaca kat fb dia…petik nama aku plak tu….
Dlm grup mesti ada tukang kasi punch line dan ada tukang sambut. Mamat ni mcm prop mmbntu jepp dan soib execute lawak tu. Cer korang tgk threes stooges. Moe tukang ketuk kepala curly dan larry.
Jep bersedia meluahkan konflik sebenar yang berlaku dalam kumpulannya selama ini.
“Saya tidak menafikan kenyataan itu. Sebelum ini, orang tak tahu apa masalah kami hingga saya putuskan untuk bergerak sendiri. Terus terang saya katakan, masalah disiplin dan tiada komitmen adalah faktor mengapa kumpulan ini tidak boleh bertahan lagi.
“Saya sudah pendam terlalu lama perkara ini dan tidak mampu bertahan lagi. Saya dapat rasakan kami boleh berjaya dalam industri seni ini apatah lagi kami bertiga sekampung. Masing-masing sudah mengenali keluarga serta tahu kelemahan dan kelebihan diri.
“Tapi, apa yang boleh saya katakan, saya sudah penat dengan ahli yang tiada disiplin dan komitmen dalam bekerja. Ada yang buat sambil lewa dan menganggap semua perkara itu remeh-temeh. Saya mula bosan dan takut untuk bersatu lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mengakui ada ahli yang sukar memberi kerjasama lebih-lebih lagi memberi idea untuk setiap persembahan mereka, Jep lelah dengan perkara sedemikian.
“Bayangkan dari minggu pertama hingga minggu ke enam Maharaja Lawak, idea dan jalan cerita datangnya daripada saya seorang. Shuib juga ada membantu memberi idea dan selalu berbincang. Tapi, hanya kami berdua sahaja.
“Saya penat kerana saya juga sibuk seperti yang lain. Kerana itu saya ambil keputusan untuk kuburkan sahaja Sepah. Apatah lagi, semakin banyak masalah peribadi yang timbul,” katanya yang nekad berpecah selepas menjuarai Maharaja Lawak.
Hanya kerana nila setitik
Lanjutan daripada perpecahan itu, Jep turut terkena tempias lantaran pelbagai cerita kurang enak yang melanda salah seorang ahli yang bermasalah.
“Macam-macam yang saya dengar. Kaki perempuan, masalah disiplin, tak datang fotografi dan ada lagi yang membabitkan individu ini. Bukan hanya dia, malah ahli yang lain terkena juga. Hanya seorang buat hal, dua lagi akan menerima padahnya. Sepah tak ada disiplin, berlagak dan tak tepati masa.
“Sebagai kumpulan, sudah pasti saya mengambil sikap menegur di mana kurang dan silap. Tapi apa kesudahannya jika segala teguran dan nasihat tidak diendahkan? Jadi, keputusan berpecah ini adalah jalan terbaik,” katanya.
Atok aku ckp laki2 ni kalah akibat tiga TA..
takhta, harta dan wanita…jd jika dah famous atau berjaya kne pandai jaga diri.
“Korang pernah hancurkan nama aku”
Sentiasa menyalahkan orang lain
Adakah dia sudah berubah?
Masa maharaja lawak mega kumpulan stone – azlee complain call tak angkat.
Terbaru masa show rumah no 107- vicha complaint dia datang lambat
Masih tak berubah.
Mamat ni dah berkahwin kan.. cuba la berubah. Kalo xsilap haku bini ko berpangkat polis. Ubah sikap tu jika mmg benar apa yg pihak lain komen pasal attitude ko tu. Kalo x betul, elok la ko clear kan nama ko. Mungkin ada salah faham. Yg penting ingat sikit dah berkeluarga. Nnti dah beranak pinak nnti sikap sambil lewa nin dh x boleh pakai lg. Start dekatkan diri dgn ilmu agama jika masih blom cukup. Cmne nak didik anak bini kalo sendiri masih serabai rambut kalah mak lampir. Okay mamat maaf jika terkasar tapi realitinya hidup ni perlu bergerak ke arah kebaikan. Aku pun penyokong sepah. Byk episod lawak pecah perut korang. Yg memorable sekali minggu rewang masa jep kerat ibu jari lengkuas shuib tu. Kau pun kelakar jugak masa tu. Dan yg shuib beranak mcm kena rasok setan, bak kata bidan jep. Masa tu ko jd somi shuib. Sumpah kelakar gila korang masa tu. Mngenangkan aku pada bujang lapok. Hidup kita kat donia ni x lama. Jgn buang masa. Jika mampu berpadu mmg torbaek. Tapi jika dah masing2 ada jln sendiri redho aje lah. X perlu berpatah arang.