fbpx

Mamat Sepah Harap Jep & Shuib Jangan Berpecah

Pelawak Mamat Sepah meminta netizen tidak membuat spekulasi mengenai dakwaan perselisihan faham antara dua sabahat baiknya Jep dan Shuib.

Memetik mStar Online, Mamat berkata dia berhaap dua rakan baiknya itu dapat menyelesaikan permasalahan dengan baik.

BACA: Jep Sepahtu Dedah Punca Shuib Tiada Dalam Sepahtu Reunion Live

“Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada di pentas mereka kan, tapi mereka sahabat baik saya dan ini satu dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular.

“Saya kenal mereka sebab Shuib dan Jep memang rapat dan tidak mungkin akan bergaduh macam ni sekali, kalau ada tu pun perkara biasa saja, harap jangan la berpecah sebab sakit sebenarnya kalau berpecah macam saya dulu pernah lalui itu,

“Kepada orang di luar atau netizen yang tak tahu cerita jangan tokok tambah atau membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebab saya tahu mereka bagaimana,” katanya.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Instagram, Jep ada memberikan penjelasan punca Shuib tiada daalam Sepahtu Reunion Live (SRL)