fbpx

Mamat Exists Mahu Masuk Pusat Pemulihan Selepas Konsert

Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat mengakui ada menyimpan hasrat untuk masuk ke pusat pemulihan bagi mendapatkan rawatan ketagihan dadah tapi ketika itu tiada dorongan orang sekeliling menyebabkan beliau terjebak.

BACA: Mamat Exists Ditahan Polis Miliki Dadah

“Saya dah berubah sejak setahun lalu dan menyimpan hasrat untuk masuk pusat pemulihan, namun waktu itu tiada dorongan. Sekarang saya mendapat dorongan kuat daripada kawan-kawan dan keluarga, saya akan mendapatkan rawatan selepas konsert kami selesai nanti”

“Selepas ini, saya kena berhati-hati dalam memilih kawan supaya dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi terjebat dengan kesalahan yang sama lagi selepas ini. Apapun, saya sekali lagi memohon maaf pada semua peminat yang menyokong saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini Mamat telah ditahan polis atas kesalahan mempunyai dadah jenis syabu yang dijumpai dalam dompetnya pada Ahad lalu namun dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar petang Selasa.

Manakala Penganjur Konsert Reunion Exists 2019 berkata, acara yang menggabungkan ahli band popular era 1990-an itu tetap diteruskan pada 28 September ini selepas Mamat dibebaskan. (rtky/w)