“Mama Kata Saya Rap Sedap, Takkan Dia Nak Tipu?”

Nampaknya anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B kini semakin mendapat perhatian dalam bidang seni apabila sudah bergelar pelakon dan penyanyi.

Pernah dikecam teruk apabila dikatakan tidak mampu rap dengan baik ketika bersiaran secara langsung, Cik B atau nama sebenarnya Nor Edlynn Zamileen menerima kritikan dengan hati terbuka.

BACA: DSV Dedah Cik B Nak Masuk Sekolah Tahfiz

Cik B berkata dia akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu nyanyiannya selepas ini. Bagaimanapun, Cik B berkata baginya rap nyannyiannya sedap, malah ibunya turut mengatakan perkara sama.

“Masa tu saya akui kena kecam, tapi saya rasa rap saya sedap. Tak tahulah…ketika itu saya rasa ‘down’ kerana merasakan adakah suara saya tak sedap?

“Mama kata sedap, takkanlah dia nak tipu? Cuma ketika itu saya ‘down sekejap saja dan Insya-Allah saya akan buktikan boleh buat dengan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B mengatakan ibunya meminta dia menguruskan badan supaya bunyi nafasnya ketika menyanyi tidak terlalu kedengaran.

×