fbpx

Mama Juwie Meninggal Dunia

Berita Harian hari ini melaporkan yang wartawan hiburan veteran dan penulis lirik, Abdul Jalil Saleh atau lebih dikenali sebagai Mama Juwie meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Allayarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan jenazah beliau dijangka akan dikebumikan di sebelah pusara ibunya di Selayang, esok. (rtky/m)