fbpx

Jurumekap Kongsi Video Intan Ladyana, Netizen Teruja Nampak Baby Bump

Sejak Ogos lalu, hangat diperkatakan spekulasi mengenai pelakon Intan Ladyana yang dikatakan sedang berbadan dua. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengumuman daripada tuan badan sendiri.

Namun, baru-baru ini seorang jurumekap yang dikenali sebagai Adek Wan memuat naik satu video di aplikasi TikTok sedang menyolek isteri kepada Harris Alif itu.

BACA: Ebit Lew Doakan Kandungan, Intan Ladyana Sah Hamil

Namun, bukan solekan yang menjadi perhatian sebaliknya rata-rata netizen teruja serta mengatakan ternampak baby bump pelakon itu.

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon itu yang bakal menimang cahaya mata sulung serta memuji kecomelan bakal ibu itu.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Harris Alif pada 4 Februari 2021. Kisah pasangan itu menjadi bualan kerana perbezaan usia 17 tahun.