Tahun 2025 ni, Malaysia memang masuk era boss mode bila ambil alih sebagai Pengerusi ASEAN. Dengan tema “Inklusiviti dan Kemampanan”, kita bukan sekadar jadi tuan rumah — tapi betul-betul pimpin hala tuju masa depan Asia Tenggara.
Yang paling mencuri tumpuan? Bila Malaysia berjaya jadi penghubung antara ASEAN dan negara-negara kaya di Timur Tengah, iaitu Gulf Cooperation Council (GCC).

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Forum Ekonomi ASEAN-GCC di Kuala Lumpur. [Kredit imej: FB Anwar Ibrahim]
ASEAN Datang KL – Malaysia Layan Macam Raja, Literally
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 baru je berlangsung pada 26 hingga 27 Mei 2025 kat KLCC, dan Malaysia memang all out sambut pemimpin-pemimpin besar dari seluruh Asia Tenggara, termasuk China dan negara-negara Teluk (GCC).
PMX kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambut dorang dengan gaya Malaysia ‘sempurna’. Siap ada majlis makan malam gala dengan Orkestra Filharmonik Malaysia dan persembahan tarian Warna Borneo yang memang padu. Gaya sambutan ni bukan biasa-biasa okay, memang rasa macam tengok anugerah antarabangsa dah.
Yang datang bukan calang-calang orang tau. Mereka ini termasuk Perdana Menteri China Li Qiang dan Putera Mahkota Kuwait, menandakan betapa pentingnya Malaysia dalam jadi jambatan antara ASEAN, Timur Tengah dan China.
Oh dan sebab ramai pemimpin dunia berkumpul, beberapa jalan sekitar KL ditutup sementara, dan 71 buah sekolah kat KL dan Selangor buat PdPR dari 26–28 Mei. So kalau haritu kau stuck dalam jem, now you know why.
Malaysia Jadi ‘Bridge’ Antara Dua Rantau
Kerjasama ASEAN-GCC ni bukan main-main. Ia strategi yang bakal buka banyak pintu baru dalam pelaburan, teknologi, dan pembangunan mampan. Bayangkan bila dua kawasan besar dunia ni, yang satu power dalam tenaga dan halal, satu lagi power dalam kepelbagaian industri dan digital bergabung tenaga. Confirm boom!

Kredit imej: FB Anwar Ibrahim
Melalui sokongan MITI, ASEAN dan GCC bukan je bincang kosong. Mereka tengah explore idea besar macam integrasi pasaran digital, pelaburan dalam tenaga hijau, pembangunan bandar pintar dan banyak lagi. Malaysia duduk tengah-tengah, sebagai penghubung penting yang dipercayai dua-dua pihak.
Digital, Hijau, Halal – Masa Depan Ekonomi ASEAN
Salah satu highlight utama? ASEAN sedang menuju ke arah jadi pasaran digital bersatu dengan perjanjian DEFA (Digital Economy Framework Agreement). Urus niaga merentas sempadan akan jadi lebih mudah, pantas dan selamat, sangat ideal untuk PMKS, start-up dan syarikat baru yang nak berkembang luar negara.
Dalam masa yang sama, pelaburan dalam projek hijau dan bandar lestari juga diberi perhatian. Bila teknologi, alam sekitar dan ekonomi disatukan, barulah betul-betul mampan. Industri halal pun tak ketinggalan – dua rantau ni ada potensi besar dalam segmen tu, so gabungan ni memang win-win.
Bukan Elit Je Untung – Rakyat Biasa Pun Dapat Tempias
Malaysia berkeras nak pastikan semua lapisan masyarakat dapat rasa manfaat. Inklusiviti tu bukan slogan je. Wanita dibantu melalui program WITI, belia dilengkapkan dengan kemahiran baru dan PMKS diberi akses pasaran yang lebih luas melalui perjanjian ATIGA.

Kredit: FB Anwar Ibrahim
Senang cerita, kalau kau ada produk kecik, sekaranglah masa nak bawa keluar negara. Kalau kau pelajar atau graduan baru, peluang pekerjaan dan kerjasama dalam bidang digital dan teknologi tengah berkembang pesat.
Malaysia MADANI – Bukan Sekadar Nama
Apa yang Malaysia buat ni bukan untuk nama atau glamer semata. Ia berdasarkan prinsip MADANI – membina masa depan serantau yang inklusif, adil dan mampan. ASEAN di bawah pimpinan Malaysia bukan sekadar tentang negara besar atau syarikat besar, tapi tentang peluang untuk semua orang.
Jadi…Apa Yang Kita Rakyat Boleh Buat?
Sekurang-kurangnya, kita tahu kita sedang berada dalam zon ekonomi yang tengah membangun dengan cara betul. Kita boleh jadi sebahagian darinya iaitu sebagai pengguna bijak, usahawan berani, atau rakyat yang support kemajuan serantau.