fbpx

Malaysia Dah Capai Kadar Vaksinasi Harian Tertinggi – PM

Alhamdulilah, dalam keadaaan kita sedang berperang dengan virus COVID-19 ini, sedarkah anda bahawa kita kita telah berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu 507,050 dos!

Melalui posting Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, beliau ada memaklumkan seramai 46.7% daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8% pula telah mendapat dos yang penuh.

Jelasnya lagi, pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan ianya perlu dipertingkatkan lagi agar sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap akan berjaya dicapai.

Untuk info anda, dengan vaksinasi, kita akan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan juga mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk.

Tambah Muhyiddin, ia juga melancarkan usaha dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara. Sama-sama kita doakan agar usaha ini berjaya. Tak sabar nak bebas macam dulu!

Anda boleh baca ucapan posting Muhyiddin Yassin secara penuh di bawah:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sejak 12 Julai 2021, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari.

Alhamdulillah semalam, kita telah berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu *507,050* dos. Ini menjadikan jumlah individu yang telah menerima dos pertama sehingga semalam ialah *10,920,862* dan sejumlah *5,104,054* individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sukacita saya juga ingin mengumumkan bahawa seramai 46.7% daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8% pula telah mendapat dos yang penuh.

Pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

Dengan vaksinasi, kita akan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara, insya-Allah.

Terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan PPV yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Kredit: Facebook Muhyiddin Yassin