fbpx

Malaysia Baru, Kelainan Kita Tak Membezakan Kita

Malaysia kini digelar Malaysia Baru, namun perubahan itu tidak akan membezakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Setiap individu mempunyai impian dan harapan yang berbeza terhadap pemerintahan Malaysia Baru.

Diberi peluang dalam menceburi bidang pekerjaan mahupun diangkat menjadi golongan yang setaraf tanpa membezakan keupayaan diri menjadi keutamaan rakyat.

Meskipun Malaysia sebuah negara yang maju dan terkenal dengan masyarakat yang mudah mesra, namun ada sesetengah individu terlepas pandang terhadap golongan yang memerlukan.

Misalnya, golongan ibu tunggal yang bersusah payah dalam menyara keluarga dan pada masa yang sama terpaksa bekerja bertungkus lumus untuk memberi kesenangan kepada keluarganya.

Golongan ini sering di pandang rendah dek kerana status diri. Namun sebagai ibu yang turut memikul tanggungjawab suami, segala tomahan itu menjadikan mereka lebih kuat.

Bekas banduan juga tidak kurang hebatnya apabila sering dipandang hina oleh masyarakat meskipun mereka berniat untuk berubah.

Tidak mudah untuk mendapat pekerjaan menjadi punca utama tekanan buat bekas banduan. Setiap insan daripada mereka kesal dengan perbuatan yang terdahulu.

Namun perubahan dan keinsafan diri mereka untuk memulakan hidup baru sering dipermainkan sehinggakan golongan ini tidak mudah diberi peluang dalam sektor pekerjaan.

Kecacatan diri bukanlah diminta dan perkara itu diterima dengan hati yang terbuka. Tidak mudah untuk diterima ramai, golongan OKU tidak terlepas daripada pandangan negatif masyarakat.

Berkerusi roda mahupun tidak mempunyai pancaindera yang sempurna menjadikan golongan ini susah diterima bekerja dan setiap kemudahan untuk mereka sering disalahgunakan oleh individu lain.

Meskipun setiap pergerakan mereka terbatas namun golongan ini seperti insan lain yang inginkan layanan yang setaraf tanpa membezakan keupayaan diri.

Golongan yang tidak bernasib baik seperti ibu tunggal, bekas banduan mahupun golongan OKU harus diberi peluang dan diangkat menjadi satu golongan yang setaraf dengan insan lain.

Perasaan golongan ini sering bercampur baur apabila berdepan dengan rakyat Malaysia dek kerana pandangan yang berbeza-beza.

Tapi tahukah anda, meskipun kini Malaysia dalam pemerintahan Malaysia Baru tiada apa yang membezakan kita sebagai rakyat Malaysia di mana setiap individu mempunyai hak yang sama seperti insan lain.

Sebagai rakyat Malaysia setiap golongan harus diberi peluang mencuba meskipun memiliki kekurangan pada diri.

Jadi apa tunggu lagi, jom kongsikan dengan kami apa impian anda terhadap Malaysia bersama #IAMMY dan #AirAsia.