fbpx

Malas & Terlalu Busy? KFC Ada Cara Mudah Untuk Anda Order KFC Like A Boss!

Buat anda yang malas sangat nak gerak, dan busy dengan kerja atau jaga anak sampaikan tak sempat nak order makanan, KFC perkenalkan KFC Pandu Ambil yang mana anda order online, parking di tempat letak kereta yang dah pun direserved untuk anda dah tempahan anda akan sampai kepada anda! Just like a boss.

Bila lagi nak merasa jadi bos kalau bukan sekarang?

Tapau Macam Boss!

Pandu Ambil diperkenalkan untuk bagi kesenangan kepada anda untuk Tapau Macam Boss sebabnya dengan Pandu Ambil, sepanjang proses ni memang anda akan dilayan sebijik macam bos. Alah feeling-feeling sikit macam drama Melayu dapat servis VIP tu. Hah gituh!

Dari order secara online, makanan dihantar betul-betul depan mata di parking lot yang sememangnya sangat convenience dan memberikan pengalaman lain dari lain!

Iye, betul-betul macam bos. Tempah secara online dan bila sampai jer kat KFC tu, tak payah nak buka seatbelt tu, duduk diam-diam dalam kereta tu, parking terus kat parking Pandu Ambil yang dah sememangnya direserved untuk anda. Yang penting tak perlu turun kereta. Sambil dengar radio dalam kereta jer, makanan boleh sampai depan mata!

Amacam? Cool kan? Tak payah beratur dan bersesak untuk order makan. Sesuai lah dengan keadaan Covid-19 yang sedang berlaku sekarang ni kan. So tak payah nak susahkan diri. Sambil-sambil tu boleh jugak anda jaga jarak sosial anda.

Lebih Cepat, Mudah Dan Selesa

Nikmat apa lagi lah yang anda nak dustakan? Udahlah caranya yang sangat mudah, malah Pandu Ambil ni lebih cepat, mudah dan selesa!

Sesuai untuk anda yang malas ataupun susah nak keluar kereta dan beratur semata-mata nak makan KFC tu. Pasni dah boleh ajak geng order KFC melalui Pandu Ambil. Anda order online, park kereta dan tunggu order sampai kepada anda! Mudah sangat!

Inilah Cara Pesan Pandu Ambil

Okay gais, meh sini kami ajar anda bagaimana nak pesan Pandu Ambil ni. Easy peasy jer gais. Petik jari pun boleh!

Langkah 1
Muat turun KFC Malaysia App atau melayari KFC.com.my

Langkah 2
Pilih Self Collect

Langkah 3
Pilih lokasi yang sedia ada Pandu Ambil, tarikh dan masa yang anda rasa teringin sangat nak makan KFC tu

Langkah 4
Mula lah pilih makanan anda dan apabila sedang membuat bayaran, pilihlah cara pengambilan secara Pandu Ambil dan masukkan nombor plat kereta anda sahaja. Sangat mudah!

Jap! Anda boleh buat pembayaran secara debit atau kredit kad. Tak perlu gunakan tunai.

Langkah 5
Jom pergi ke restoran KFC pilihan anda dan parkir di tempat letak kereta Pandu Ambil yang dikhaskan untuk anda. Jangan lupa on kan lampu kecemasan anda yer.

Langkah 6
Tunggu jer di kereta dan mereka akan hantar kepada kereta anda. Bersedialah dengan pengesahan pesanan dan tunjukkan ke staf KFC bila makanan dihantar.

Jom Makan Kepci!

So gais, apa tunggu lagi? Jom try Pandu Ambil today! Sangat convenience dan sesuai untuk anda yang sangat busy dengan kerja. Mudah dan jimat masa.

Jom Tapau Macam Boss dan pesan sekarang! Kalau masih ada soalan, boleh ke KFC.com.my/PanduAmbil untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pandu Ambil.