fbpx

Maklumat Bantuan Prihatin Elektrik Yang Perlu Anda Tahu

Wah…Wah…Wah…Memang betul senyum sampai telinga kalau terima bil bulan Julai nanti!

Bekalan Elektrik PERCUMA!

Seramai empat juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik PERCUMA selama tiga bulan iaitu bermula April hingga Jun 2020 di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tambahan. Wow!

Perdana Menteri telah pun meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan ini kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung. Ianya akan meringankan beban pengguna susulan peningkatan ketara bil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum tu, apa yang anda faham tentang BPE ini? Jom baca dengan lebih lanjut!

Apakah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?

BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.


Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 hingga 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.

Manfaat Kepada 7.66 Juta Pengguna

Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta. Daripada jumlah tersebut, seramai 4 juta atau 52.2% pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi 3 bulan.

Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020. Bantuan ini adalah tambahan kepada diskaun Prihatin yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020.

Jadi semua pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020. Jangan terkejut pula bila terima bil anda bulan Julai nanti ya! Confirm tersenyum bahagia…


Anda juga tidak perlu membuat semakan kelayakan kerana BPE akan diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik.

Anda dah tak perlu susah hati lagi. Diharapkan bantuan yang diberi kerajaan dengan kerjasama TNB ini dapat meringankan lagi beban anda nanti.

Meter Anda Telah Dibaca!

Untuk maklumat, anda akan menerima satu Notis Makluman mengenai Bantuan Prihatin Elektrik pada bulan Julai 2020 selepas meter dibaca.

Dalam tempoh tujuh hari berikutnya, anda akan menerima bil bulan Julai 2020 berserta penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik tambahan. Bil dan penyata tersebut akan dihantar melalui pos ke premis anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan bil dan penyata tersebut melalui aplikasi atau portal myTNB, 48 jam selepas Notis Makluman diterima. Ianya hanya tertakluk sekiranya anda menerima bil sebenar bagi bulan Jun 2020.

Untuk dapatkan maklumat lanjut anda juga boleh klik laman web Bantuan Prihatin Elektrik (BPE).