Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM, mengamuk sehingga memaki suaminya kerana meremukkan keretanya.
Susulan isu tersebut, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar tampil menegur usahawan itu. Menerusi video dikongsikan di media sosial, Ustaz Wadi mengucap panjang serta menitipkan pesanan buat wanita diluar sana.
BACA: Kak KM Mengamuk Dengan Suami, Kereta Alphard Remuk Langgar Tembok
View this post on Instagram
“Dia maki hamun suaminya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Puluhan ribu orang tahu dia makin hamun, sebab dia rakam waktu dia maki hamun suami dia itu,” katanya.
Tambah Ustaz Wadi lagi, jika isteri tidak sempat bertaubat maka tidak cium bau syurga jika berbuat demikian pada suaminya.
“Reda seorang isteri itu pada tangan seorang suami. Sepertimana reda seorang anak pada tangan seorang ibu.
“Kalau tak sempat taubat dan diampunkan Allah SWT, maka nerakalah tempat seseorang itu. Wal iyadzubill?h dengan dosa tersebut,” katanya.
Kak KM meluahkan rasa berang dengan suaminya yang dipercayai memandu kereta berkenaan dan tidak sengaja menekan gear mengundur lalu menghentam tembok belakang rumah.