Kak KM Mengamuk Dengan Suami, Kereta Alphard Remuk Langgar Tembok
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM sekali lagi diuji apabila kereta mewah miliknya jenis Toyota Alphard mengalami kerosakan teruk selepas melanggar tembok rumah.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Kak KM meluahkan rasa berang dengan suaminya yang dipercayai memandu kereta berkenaan dan tidak sengaja menekan gear mengundur lalu menghentam tembok belakang rumah.
BACA: Anak Pakai Baju Ketat, Kak KM Puji Cantik Macam Barbie
@lianaroslikakkm ??
“Tertekan adui. Dah nak parking nak masuk gear P (parking) tapi tak perasan baru masuk gear R (reverse),” katanya.
Turut kelihatan sebuah lori tunda bersama beberapa orang pekerja membantu mengeluarkan kereta berkenaan yang sudah ‘terkepak’ pintu bahagian pemandu.
Kedengaran, Kak KM meluahkan rasa kesal dengan kerosakan kereta mewah tersebut serta mengatakan suaminya tidak tahu menjaga kereta berkenaan bersama-sama dengan baik.
Video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mereka tidak sanggup mendengar Kak KM mengeluarkan kata-kata kesat ditujukan kepada suaminya.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan kejadian berlaku itu tidak disengajakan dan tidak perlu memaki hamun seperti sedemikian.
Sementara itu, ada yang mengaitkan dengan kenyataan Datuk Rosyam Nor berkenaan wanita akan menjadi angkuh apabila memiliki kerjaya hebat dan duit dimana mereka bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.
Nnti tuhan turunkan bala baru tau nk tunduk bwah..skrg mmglah smua tenogk diatas je…
Betulkah apa yg Rosyam Noor katakan..hahahahh
mungkin kereta lebih bernilai dari nyawa… kesian bila harta kaburi mata darjat suami jatuh merata
Ermm…harta Allah..bukan harta u kak oii…dia nak tarik balik, sekejap je…dosa u marah2 dan maki suami tu lagi susah kalau tak minta maaf dan dimaafkan
Cepatla minta maaf dgn somi tu,jangan di panjang-panjangkan, muga semuanya baik2 belaka.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami kau. Kau ingat kau dah ada duit byak kau hebat sgat!
Phuiiiii