fbpx

“Makan Je Lah Depan Saya Masa Bulan Puasa, Tak Biadap Pun”

Sejak kebelakangan ini kecoh mengenai makan di khalayak ramai ketika bulan Ramadan bagi yang bukan Muslim dan wanita yang datang bulan.

Bersikap terbuka mengenai perkara itu, pelakon Izara Aishah berkata dia tidak kisah mereka bukan Islam dan wanita tidak boleh berpuasa makanan di hadapannya ketika bulan Ramadan.

BACA: Izara Aishah Pelik Ramai Instafamous Jadi Pelakon

Kata Izara lagi, Islam merupakan agama yang sangat mudah mudah. Katanya mereka yang menganggap perbuatan sebagai biadap hanya budaya diamalkan segelintir pihak.

“Kepada rakan-rakan bukan Islam dan kaum wanita yang uzur, saya tidak kisah sekiranya anda hendak makan di hadapan saya, perkara itu tidak kurang ajar.

“Islam ialah agama yang tidak menyusahkan. Tindakan (makan sorang-sorok) itu ialah satu budaya dan saya tidak mempraktikkannya,” tulisnya di Twitter.

Bagamanapun, perkongsian Izara itu mendundang kecaman netizen yang rasa kurang senang segelintir netizen dengan pendapatnya. Meskipun ada yang mengecam, namun ada yang menyokong pendapat pelakon itu.