Tiada lagi kontroversi terpalit dirinya sejak kebelakangan ini, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri berkata dia mahu mengurangkan kontroversi serta gimik murahan.

Kata Aliff lagi, dia enggan menjejaskan repustasinya sebagai seorang bapa serta malu dengan anak-anak jika terpalit dengan isu panas.


BACA: Malu Dengan Anak-Anak, Aliff Syukri Mahu Kurangkan Kontroversi

Meskipun tiada lagi isu panas melibatkan dirinya, Aliff dilihat aktif di aplikasi TikTok. Baru-baru ini, pembantu peribadinya ada berkongsikan ruangan makan atau meja makan harian Aliff Syukri.

@aliffsyukriterlajaklaris

Balas kepada @nurainaalisya321

? bunyi asal – Terlajaklaris – Terlajaklaris

Dapat dilihat meja makan yang digunakan sama seperti kebanyakkan orang. Difahamkan, meja makan tersebut berada di dapur.


Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaski daripada netizen yang memuji usahawan itu yang semakin rendah diri dan ramai sukakan sikapnya sekarang.

Dalam pada itu, netizen berkata dia suka melihat keluarga Aliff yang lebih gemar masak sendiri dan tidak memilih makan serta gemar masakan kampung.