fbpx

Sebelum ini, nama isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira menjadi perhatian apabila tidak lagi bertudung pada awal tahun lalu. Malah, penampilan Nazira juga turut menjadi bualan selepas tidak lagi berhijab.

BACA: Isteri Yonnyboii Mengidam Kuih Akok Di Kelantan

Terbaru, perkongsian Nazira di Insta Story menjadi perhatian apabila seolah memberi pesanan kepada mereka diluar sana tiada hak untuk menegur mengenai cara pemakaiannya.

“Selagi mak dan suami saya benarkan untuk pakai apa sahaja yang saya mahu, anda tak ada hak untuk menegur atau memberikan komen terhadap apa yang saya pakai,” tulisnya.

Terdahulu, Nazira menafikan dakwaan dia mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi rap itu. Katanya lagi, itu adalah penampilan dirinya sejak dari zaman kolej lagi.

Menurut Nazira lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri meskipun sedar sering menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.