Isteri Yonnyboii Mengidam Kuih Akok Di Kelantan
Penyanyi rap Yonnyboii berkongsikan isterinya, Nik Nazira yang kini hamil enam bulan mengidam makanan manis seperti kuih akok.
Memetik Harian Metro, Yonny mengakui bukan mudah apabila isterinya mengidam apatah lagi mahukan kuih akok yang dijual di Kelantan.
BACA: Isteri Yonnyboii Hamil 5 Bulan, Berat Badan Turun 10 Kg
“Isteri mengidam makanan manis, seperti kuih akok. Tapi, ia bukanlah benda yang mudah. Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.
Dalam pada itu, Nazira berkata alahannya juga semakin baik berbanding di awal kehamilan apabila dia tidak boleh makan mahupun minum.
“Waktu dalam trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan. Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.
“Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada ketikanya saya rasa pedih hulu hati,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
AKU NASIHAT KO DEK, BINI KAU HAMBAKAN KAU DEK SEBAB KO TAK HANDSOME DEK. BILA DAH HABIS BERANAK JANGAN KESAL KO KENA TINGGAL
MACAM2 KAHENDAK ANAK TEKAK KONON ALASAN MENGANDONG DISURUH SURUH KAU KEHULUR KEHILIR MEMUASKAN TEKAK MENGANDONG KONON.