“Mak Punya Susu, Bapak Yang Dapat Nama”
Lima tahun bergelar ibu tunggal, bagaimanapun pelakon Rita Rudaini akui geram dengan sikap segelintir netizen yang masih tidak boleh menerima kenyataan apabila terus mengaitkan dirinya dan anak-anak dengan bekas suami.
Baru-baru ini, Rita ada memuat naik foto anaknya bersama pasukan bola sepak mereka, namun rata-rata netizen memberikan komen dengan mengatakan kemampuan dua cahaya matanya itu boleh bermain bola sepak disebabkan bapa mereka yang merupakan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak.
BACA: Rita Rudaini Terkejut Ramai Lelaki Muda Ajak Kahwin
Kecewa dengan komen-komen tersebut, Rita kemudian memuat naik sekeping foto berserta kepsyen menyelar netizen dengan kenyataan, ‘Mak punya susu, bapak yang dapat nama’.
Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Rita menegaskan dia tidak menafikan Aidil Zafuan adalah bapa kepada anak-anaknya. Katanya lagi, dia yang membesarkan anak-anaknya sendirian, maka dia lebih tahu apa kelebihan serta kesukaan mereka. Tegas Rita lagi, kedua-dua anaknya itu tidak suka bermain bola sepak tetepi lebih kepada muzik dan badminton.
“Mereka masih tak ‘move on’ dan mengaitkan saya dan Aidil sepertinya kami ini Posh dan David Beckham. Lepas tu apabila mereka kata anak-anak pandai main bola sebab bapa mereka, langsung tak logik.
“Sedangkan ada pemain bola sepak hebat, anak mereka tidak sehebat bapa mereka. Jadi mereka tidak boleh berkata anak-anak pandai bermain bola kerana dia anak Aidil Zafuan.
“Di sekolah juga anaknya masuk kelab badminton dan bukan bola sepak cuma mereka bermain bola hanya waktu rehat untuk berseronok bersama rakan-rakannya. Disebabkan anak-anak dan rakan mereka suka bermain bola sepak membuatkan saya menubuhkan satu kelab untuk mereka, melantik jurulatih untuk mengajar mereka,” ujarnya.
sudah2 lah minta perhatian….. org dah tahu awak tak nak bapanya pinjam anak dia….. bapanya pun tak pernah cakap apa2………. yang cakap follower/peminat awak juga makcik io……. baik diam je bila anak besar pandai lah mereka cari cerita yang sebenar….
ko diam… ko mana paham keperitan kesusahan rita dari anak 1 smp 2 anak… suka duka dia bersama ex dia.. setengah wanita akan diam jer sbb takut nak bersuara… dia ada hak bersuara utk kepentingan anak2 dia.. memang la dia marah bila anak masih merah bapak dok skandal sana sini sedang nafkah culas xmo bayau…nak sedap pandai cari isteri.. pastu biar biar isteri hadap sakit pening sendiri… nafkah xmo bagi alasan xde duit sedang gaji berpuluh ribu.. motor berpuluh ribu kereta beratus ribu mampu pulak beli.. makan minum anak2 bt x tau… sok2 anak tu da besar berjaya baru la terhegeh2 nak cari nak ngaku anak.. ramai jer jantan jenis camni… kawan aku & anak6 pun salah sorang mangsa jantan x guna camni.. nak gah kat public tp xde tanggungjawab..
poyo la kau tu.. seme cerita dlm kain org kau sibuk. macam tau sgt. semak baca komen kau ni.
hahaha terbaek..smue die tw..mcm tw sgt..pnyebok…semak bace komen..trlebih tw sgt nmpak pelik nie..
ada segelintir bekas suami ni bila anak2 ex wife yang jaga, liat nak bagi nafkah atas alasan nanti ex wife guna. dia tak pikir dunia hari ni, celik mata je nak kene duit. tapi yang si laki laju je carik pengganti, berduit pulak. masa tgh sihat, boleh la riak. esok2 dh tua, baru tergigil2 mintak maaf kat anak sebab masa kecik x penah hulur nafkah. sebab skittt lagi nak masuk liang lahat. dia je nak aman dlm kubur.
mn kau tau edel xada bg nfkh… yg pnh kuar sokkabar dlu.. edel bg nfkh .. buln2 bnk in.. tp rita kata xda… bila edel tunjukkn resit pmbyrn… rita masi lg nk tegakkn bng bsah… ktanya xtau sbb duit nfkh msuk dlm acc yg juga ada duitnya sndiri… mmg nmpk dia nk masyarakt tau yg edel x kasi nfkh walau sesen..