Kumpul Bekalan Akhirat, Mak Jah Cuci Telekung Wakaf
Pernah lalai kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja ketika muda, pelakon veteran Mak Jah, 72 tahun melakukan kerja amal dengan mencuci telekung wakaf di surau pusat beli-belah dan kawasan R&R berdekatan rumah untuk bekalan di bawa ke akhirat.
Menurut Mak Jah, dia sangat berbesar hati apabila kerajaan memberi kelonggaran melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana sejak PKP dia tidak dapat melakukan kerja amal terbabit apabila terpaksa duduk di rumah.
BACA: Mak Jah Hidap Penyakit Barah Rahim
Bagaimanapun, Mak Jah berkata dia pula kini berada dalam keadaan yang tidak sihat dan tidak boleh banyak berjalan. Tetapi dia meminta bantuan anak-anak untuk membawa pulang telekung yang tidak elok dan kotor supaya boleh di cuci di rumah.
“Sekarang saya cepat sakit punggung apabila banyak berjalan. Jadi, anak-anak tak benarkan saya memandu kereta untuk ke mana- mana lagi.
“Saya diminta berehat sepenuhnya di rumah, tapi saya minta juga mereka bawa balik telekung yang tidak elok, kotor dan koyak supaya boleh dicuci di rumah.
“Saya nak basuh, keringkan, gosok dan lipat. Mana telekung yang koyak pula, saya nak jahit dahulu dan baikinya supaya boleh diguna semula. Kemudian, saya minta anak-anak tolong hantarkan telekung berkenaan di masjid atau surau berdekatan,” katanya kepada Harian Metro.
Mak Jah berkata dia sudah melakukan kerja amal tersebut sejak beberapa tahun lalu dan matlamat utamanya sekarang ialah mengumpul pahala untuk bekalan dibawa ke akhirat kelak.
- SUMBER
- Harian Metro
Terboekssa makjah u rock..and roll.muhebat
pelakon yg terima seadanya watak…suka dgn lakonan makcik,
bkn sesetgh yg lain bila umur mcm ni…nk jdi Datin jo memanjang yg hrpkan bra je span tebal..huhu.
Berita ni lah yg ditunggu. Bukan artist nk branak segala bagai
Nan hado…
Aiyoo gossip artis melayu sama mcm industri drama melayu loo. Semua mau mamput ka? Bosan lo jd peminat drama melayu. Tadak taste meh…
mak jah ni kalau kat hollywood mcm aktres kathy bates. sgt berkarekter dan berlakun dgn jiwa. semoga mak jah dihargai sementara masih ada. saya sokong mak jah dpt tropi kembara.