fbpx

Nampaknya kemelut hubungan Zarina Anjoulie bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey masih tidak berkesudahan masing-masing saling mengeluarkan kenyataan dan saling berbalah.

Terbaru, menerusi perkongsian di TikTok, Khazrul mendakwa pelakon itu pernah dihalau keluar dari rumah beberapa kali serta melabel Zarina atau lebih mesra disapa Anju sebagai wanita toksik.

BACA: “Masa Sedap Pakcik Hilang Kopiah Tak Ingat Allah” – Zarina Anjoulie Perli Khazrul?

Dakwa Khazrul lagi, Anju pernah memukul kepala adiknya dengan telefon serta memaki anak tunggalnya dengan perkataan yang kurang baik.

“Tak payah lah acah suci walhal diri tu penuh kekotoran. Adik sendiri pun dia pukul kepala dengan handphone. Mak dia sendiri halau dia keluar dari rumah tu banyak kali dah sebab biadap can chemical women.

“Kalau anak sendiri dimaki hamun dengan perkataan babi dan sial dari mulut sendiri, manalah anak tu nak rapat dengan ibu. Hari-hari anak tu tidur dengan nenek sebab mak dia toxic! Banyak lagi kisahnya kalau nak cerita, kita buka sikit dulu. Nak sangat kan,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Khazrul turut meluahkan rasa syukur pertunangan mereka berakhir di tengah jalan. Malah, Khazrul turut menitipkan pesanan supaya cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuka aib orang lain.

“Allah tunjuk awal dua minggu bertunang kemudian putus. Syukur.. Selisih malaikat 44 tak nak dah jumpa orang macam puaka ni mulut jahat hati kotor. Search google bersepah gambar bogel. Manusia tak ada adab! Cermin diri sendiri sebelum nak buka aib orang.. Jangan meroyan kuat sangat..,” tulisnya.