fbpx

Majlis Resepsi Perkahwinan Izara Aishah, Adib Khalid

Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan bagi pasangan, Izara Aishah dan Adib Khalid yang diadakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Ramai yang terpaku melihat kejelitaan Izara yang tampil bak puteri raja dengan busana yang direka khas oleh Rizman Ruzaini.

BACA: Veil Unik Izara Aishah Curi Perhatian Ramai

Tidak seperti majlis pernikahannya Jumaat lalu, kali ini ramai memuji solekan dan busana Izara yang hampir sempurna seperti puteri raja dengan busana yang meleret panjang. Selain kejelitaan wajah Izara, ramai turut terpesona dengan hiasan pelamin keseluruhannya yang tampak mewah.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K selaku ahli keluarga, beberapa orang tetamu kenamaan seperti Nurul Zahid dan selebriti, Neelofa dan Farah Nabilah turut hadir memeriahkan majlis persandingan semalam.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis persandingan Izara dan Adib semalam. Enjoice! (rtky/w)